Monday, September 15, 2008

Jumpa lagi

Assalammualaikum,



Aper kabor semua...? harap sihat cbelaka. Pada yang puasa tu, selamatmenjalankan ibadah puasa, mana yang tak tu...., belajar-belajarlah insaf. Yang pompuan ada sebab raya cepat, dah lumrah alamnya, yanh lelaki lak.....? Gestrik...? Itu alasan lapok bang oi......



Dah lama tak melawat laman ni sebab dek sibuk dengan kejer le yop oi. Sem ni aku kena ngajor 6 kelas, 4 kod, 1 extra class. Ikut semua ATA 21 jam, 3 jam kira OVERTIME!!!!! Congak punya congak, raya nanti bolehlah dirikan batu nisan arwah mak, tapi nampak gayanya tak kesampaian gak....., surat perlantikan baru dapat, kenan tunggu lepeh raye le pulak weh oi.....



Sem ni ada le student yang kena buat projek...(ha... otak jangan kuning ha.... bukan 'buat projek') projek video le... dalam kumpulan. Kelas aku ada 3, makna nya, ada 9 kumpulan. Aku dengan kekawan yang lain sepakat untuk tentukan tajuk atau apa namenya..... 'genre', terasa kahak nak keluar tiap kali yebutnya.... Jadi adale yang kena buat drama kontot, dokumentari dan klip video. Cara dapat tajuk, undi. Jadi aku rasa itu cara paling adil. Tengok nasib le... niat hati nak buat drama kontot tapi dapat klip video... kena le redha. Satu kumpulan ada antara 10 -11 orang anggota. Aku pun besemangat juga le tengok student-student aku bersungguh-sungguh.



Masuk minggu seterusnya, ada yang bemasam muka. Belum apa-apa dah kecoh. Bebudak katakan. Tak nak dengor cakap dan tak cukup otak nak pikirkan untuk kebaikan besama. Semua nak ikut kepala dia sorang jer..... Orang macam ni, kita campak ke hutan jer, biar kawan dengan haiwan. Aku tak ambik pot. Aku kaborkan, aku tau projek siap dalam tempoh yang dibagi, kalau idak, REPEAT sem depan tu dah PASTI. Baru lega. Nampak gak berubah yang kepala majal tu ngikut kumpulan buar kejer.



Dah dipesan orang tua, jangan terlalu seronok bila buat satu-satu benda. Ada le satu kumpulan tu, agaknya terlampua seronok sangat atau tekejor hal lain, tertinggallah barang kat lokasi. Sesedornya semasa udah sampai romah. Ngelupor le tekejor balik ke lokasi...... yang ada, cuma tapak bekas tu diletakkan.



Depa telipon aku, kata nak pulangkan petang dalam 2.30 petang, tapi aku tak perasan, sebab aku pun sibuk ngemas rumah, telipon aku letakkan silent. maklum ajerle, rumah 'orang bujang' sesekali ngemas, penuh gak dua tiga bega plastik sampah sarap yang tak disangka, siap dengan sawang sekali. lagi pun aku harap bini aku akan turun dengan anak-anak, sebab dah 2 minggu aku tak balik dek sibuk melayan kerenah studen, dengan periksa mid term dan projek.



Yang seornoknya untuk aku lak, ada kumpulan yang belanja aku makan. Ha... bab ni, memang aku tak nolak.... tapi markah tetap begantung pada hasil yang diserahkan pada aku nanti. Tapi aku harap bebeudk ni ikhlas belanja aku, 2 malam beturut-turut. Adala tu dapat call dari S/U Pengarah Kampus nak suruh aku call Pengarah, terangkan ngaper student nak gunakan rumah tetamu. Aku cuba call, tak dapat, sibuk kut atau tengah meeting. Aku SMSkan ajer. Alih-alih, petang Isnin, student tunjuk surat kelulusan Pengarah dengan ulasannya. Ni tengah pening kepala, nak gi jumpa atau SMS aje lagi sekali. Koordinator dah naik angin pasal hilang barang tu. nasib baik aku nasihkan jangan menjawab kalau nak cepat keluar dari bilik dia. Bukan deper ajer yang kena panggil, aku sekali kena heret sama. Nasib baik PENSYARAHkan.... kuranglah sikit anginnya pada aku.... kalau tak.., mau tepelanting aku kena semborannya.

Bulan ni, kata alim ulamak, setan dan iblis diikat, supaya manusia mudah beramal sepanjang bulan. Namun, buat aku, selain dapat melakukan mana yang sempat, mengimbau kembali kenangan zaman bujang trang tang tang aku dulu semasa di Bangsar. Berbuka puasa dan bersahur keseorangan. Tak sangka lak, lepas suku abad berumahtnagga, aku melalui pengalaman yang silam, tapi kerana mencari rezeki untuk sesuap nasi dan belanja untuk anak isteri, telah membawa aku merantau ke negeri Jebat yang bertuah ini. Aku redha dengan aturan hidup yang dah ditentukan, mungkin untuk manguji kesabaran dan iman aku berjauhan dari anak dan isteri. Dengan mak dan ayah, aku hanya berdoa agar dapat bersama mereka nanti dialam akhirat. Kesunyian dan kekosongan ruang tamu setiap kali aku balik kerumah dah sebati dengan jiwa aku. Dah tak kisah, namun ada ketikanya jelous juga tengok isteri orang memeluk tangan atau pinggan suami. Namun, itu hanya menguatkan lagi kasih sayang aku pada isteri dan anak-anak yang masing-masing dah mula dengan kehidupan masing-masing. Ada yang sibuk belajar, ada yang dah bekerja dan mula berangan-angan nak berumahtangga. Kini baru aku rasakan betapa suginya mereka yang menpunyai keluarga yang kecil, anak sorang dua aje. Bila semuanya keluar mencari rezeki, tinggaller bedua ajer. Kau tengok aku, aku tengok kau...!!!!

Nampak gayanya puasa kali ni banyak cabaran dan hiknahnya buat aku. Pertama aku tengok, pelajar sini, bila buka puasa, mak oi tuan.... buruk lantak. Dah abeh roti pisang sekeping, nasi gorang ayam lak, lepas tu, kena maggi goreng kurang pedas. Air tak usah cerita, macam air paip mengalir kedalam tekak. Yang lelaki lak, lepas kena air seteguk, terus cari rokok, rakus...., macam setahun tak pekena rokok. Yang pompuan, kebanyakannya lak, adaler besopan sikit, namun ada juga yang kurang wayar. Ada ke patut, bebuka puasa dikedai mamak dengan hanya seluar kontot dan baju t yang nipis.......!!! Huh..... mengelodak iman dibuatnya. Dah tu, tebongkok-bongkok, agaknya sengaja nak tunjuk lurah dendam yang sedang mengunung tu. Ada lak siminah sekor ni, siap tatu kat dada, hampir dengan nasi lemaknya yang RM2.00 tu..... Pak aji tengok pun mau tebalik seban orang tua tu...! Yang merokok tak usah cerita. Kalah aku yang dah otai ni. Macam keretapi kayu arang asapnya, macam ada rasa bangga merokok. Tapi bila pak guard lalu, gelabah lak simpan rokok. Dengan penysarah selamba aje. Mungkin didikan kut atau terpengaruh dengan gaya hidup mewah. Aku tengok kebanyakkan yang merokok tu, bukan main manis lagi mula, pakaianpun sopan, tapi...... susah nak agak. Aku pun gelabah gak, sebab aku ada dua orang anak pompuan yang tenagh remaja. Mintak dijauhkan ler perangai macam ni. Aku nak cuba faham ngaper mereka merokok dan mak bapak tau tak..? atau mungkin mak bapak lak yang galakkan.... mana tau....! Nak jaga status konon. Namun disebalik itu, aku berkenalan lak dengan beberapa student dan pensyarah dari fakulti lain yang senasib dengan aku... Ada yang bermurah hati jemput aku bebuka dirumah mereka, dan macam biasa, rezeki jangan ditolak..., tolah kedalam mulut, lalu tekak akhirnya keperut sebelum diproses dan lepas tu.......... Ada yang kaki kutuk, ada yang lembut, ada yang muka selamba, bak kata macam-macam perangai yang aku jumpa.

Macam 15 puasa, tengah baik layan angau kat kedai mamak sambil tunggu mahgrib, lalu ler segerombolan pelajar aku dulu. Huh... langsung tak menegur... Agaknya depa tu baleh dendam sebab ada diantara depa tu fail kelas aku dulu. Lantak kemer le.... Tak luak apapun aku. Ada gak yang menjeling, macam perli je.... aku peduli apa.!

Dah panjang agaknya celoteh aku kali ini. Ni dah kat time besahuraku. Time-time macam ni, mungkin dah ada yang menunggu akiu kat kedai mamak tu. Mamak dan staff dia tu pun dah kenal kat aku. Sambil cari parking kereta tua aku tu, bagi isyarat, aku sampai kemeja, air aku pun sampai. Reqular customer ler katakan......

Eh... udah- udah ler tu.... Nak gi sahur. Karang abeh lak nasi, kuarh kurma, ayam goreng dan ikan masin mamak tu. Dikesempatan ni, aku ambik le pulang dihari baik bulanbaik ni, tuk ngucapkan ampun dan maaf dan terima kasih pada yang sudi membaca celoteh aku ni. Kalau ada rezeki, lepeh raya kita jumpa lagi O.K.?

Monday, May 5, 2008

Kampus Sepi

Tengah bulan Mei ni, kampus ni akan kembali sepi. Tiada lagi riuh rendah dan hilai ketawa (macam pontianak kekadang tu) para pelajar, tak ada lagi ketukan dipintu oleh pelajar yang nak jumpa aku, nak hantar tugasan (dah lamba antar, tak yah nak antor ler...) atau betanyakan pasal carry mark mereka. Carry mark bagi kelas aku semuanya dah aku pamerkan sebelum peperiksaan akhir, supaya mereka dapat agak berapa markah yang perlu dicari untuk dapat A dalam subjek masing-masing. Dah aku war-warkan dalam kelas, tapi ramai yang buat deeek jer, hingga la aku menanggalkan paparan dari cermin dinding aku, sebab tak tahan tekejut bila bebudak ni ketuk tiang bila tengok carry mark yang kurang memberangsangkan, selain daripada memekak seronok bila tengok markah yang memberahikan. Seminggu lepas tu, ramai lak yang datang nak tengok carry mark. Aku cakap, 'SORRY, you're late......!' Ada yang masam mukanya bila keluar bilik aku, dan tak kurang yang buat mula selebet je. Lantak le... Nak salahkan siapa?

Baru aku tahu ngaper pensyarah aku dulu mukanya masam dan nampak tensyen jer selepas exam. Mana tidaknya, skrip jawapan yang diterima bertalu-talu, hampir 30 keping bagi tiap bundle yang diterimanya, dan masa yang diberikan untuk periksa dan bagi markahnya pulak bukan main singkat.

Aku benasib baik kerana kelas yang aku ajar tak ada final exam, cuma dua aje, itu pun part 4, 2 kelas, dekat 60 orang pelajar. Itu pun aku rasa macam nak muntah baca jawapan yang dituis. Patutla pensyarah semua kena pakai cermin mata tebal, sebab tulisan bebudak ni....., masyaallah... seksa nak baca. Bila aku tanyakan otai-otai lama kat sini, deper kata cuma cari point, ada point, ada markah, tak ada, point melayang, markah kesian, tengok kalau rajin datang kelas. Maka menggunakan nasihat sebegitu, aku pun bukalah bundle yang pertama dan terus mecari point yang relevant dengan soalah yang diberikan. Nasib baik ada objektif dan true false. Laju juga le aku menandanya. Itu pun ada yang dapat 2/20! Tak ke sakit hati dibuatnya! Tak tau ler, sama ada yang menjawab tu tak faham soalan, atau aku yang tak mengajar dengan baik. Nak katakan aku tak ngajor, ada yang dapat 18/20, rata-rata dapat 10/20. Itu baru objektif dan true false, belum essay.........

Aku relaks le sikit sebab dapat hantar keputusan akhir ke pejabat pada masa yang ditetapkan.Kalau idak, dapat surat cinta dari Pengarah...... Kes haru ni!. Itu belum lagi ngomelan Koordinator dan Resource Person....! Tapi, dalam berhati-hati tu, ada juga silap yang aku buat. Maklum ajer le, pertama kali isi borang keputusan........(tak le besor sangat, cuma silap buat kolum telebih jer...)

Bila aku nak antar markah akhir ke pejabat, tup-tup meletup pulak satu kes baru. Budak ni kantoi, tapi dek sebabkan BAPAK dia SOMEBODY, terpaksa aku tangguhkan penghantaran markah akhir. Aku pula ngelabah le.... Ingatkan aku silap, rupanya ada 'sikit politik'. Keputusan kelas lain aku antar juga, tapi yang satu ni aku di'arah' tahan kejap. Dengor ceriter, BAPAK budak ni nak datang jumpa kordinator, dan dah tentu aku sekali. Jenuh jugak aku mikirkan, siapa orangnya, apa gelarannya, nak kena ikut protokol ke bila becakap, atau lebih baik membisu seribu bahasa dan ikut ajer arahan pihak 'atasan'? Apa tidaknye, keputusan budak ni samapi ke pengetahuan peringkat pentadbiran tertinggi kampus!!!! POWER TU....!

Apa yang aku tahu, budak ni dah lah ponteng kelas selalu sangat, tugasan tak siap-siap, kejap antar, kejap idak. Final tak buat, 20% terbang. Diari tak antar, lagi 20% melayang. Mula-mula aku agak, dah tinggi le markah yang dia dapat, rupanya, hancus!!!!!! Bukan dia jer, ramai lagi. Ada lak yang cakap kat aku, 'I won't be sending in my last assignment, so you don't bother looking for it, so please be have mercy'!!! Aku senyum ajer, balam hati, O.K. aku pun tak bother nak bagi markah. Adil tak...? Tugasan tak nak hantar, tapi nak minta markah free.... Boleh.... boleh belah........! Aku ada pesan 2 kali pada member sekelas supaya datang berjumpa aku, HARAM..... bayang dia pun tak nampak kat pintu. Kordinator telepon dia, tak dijawabnya. Terbaru, BAPAK dia sendiri talipon pun dia tak jawab. Ada aku teserempak dia kat kedai mamak, tapi dia buat tak reti, aku pun buat tak kenal le....... Dah luar kampus, dah diluar bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab aku.

Tekenang balik pasal bapak budak yang nak datang ni, tak tau le aku, sama ada ini kasih seorang bapa kepada anak atau nak menjaga status dan maruah. Maklum le, bapa dia tu 'somebody' dengarnya pangkat tinggi dalam sebuah organisasi. Aku jadi biul kejap. Anak yang buat hal, bapak pulak yang susah payah jumpa kordinator. Tak tau ler apa yang dia hendak. Nak suruh luluskan anaknya tu... Aku rasa tak adil yang yang lain, terutama yang kantoi. Sebab subjek ni, kalau kantoi, itu nunjukkan tak ada komitmen diri. Macam-macam alasan yang diberikan bila tak hantar tugasan atau datang ke kelas, antara yang palin menarik....., 'Tak boleh bangun pagi', 'Saya kalau menulis, kena tiga empat kali' dan yang paling merasapkan telinga aku... 'Saya tak minat subjek ni'. Nak aku lempang ajer mulut kurang ajar ni, tapi apa kan daya, deper tu anak orang, anak yang tak sedar dek untung, lupa daratan dan lupa peluang yang Allah bagi.

Tefikir gak aku. Kalau betul bapaknya datang jumpa kordinator nak minta luluskan anaknya tu, aku rasa tak patut. Ini menjatuhkan maruah dia sebagai seorang bapa, apatah lagi sebagai seorang yang berkedudukan. Sepatutnya anak dia yang datang jumpa kordinator, kalau dia rasa aku ni sebagai pensyarah dia tak layak nak jumpa dia, jelaskan perkara sebenar dan merayu diberi peluang sekali lagi dan berjanji tak akan mengulanginya. Tapi aku rasa, mustahil perkara ini akan berlaku. Sebab, bila terserempak dengan aku, dia buat bodoh jer, macam tak ada salah. Sebabkan nak tau kedudukan sebenar, wakil kelas dia pun turut terbabit dalam kes ni. Aku siap warning wakil kelas, kalau budak ni tak datang jumpa kordinator, dia aku salahkan kerana tak sampaikan arahan aku pada budak tu, dan aku ugut nak potong markah dia....! (acah jer...., tak adil kan?). Gelabah gak bunyi suara wakil kelas tu bila aku cakap macam tu!!!!

Aku pun ada anak, tapi tak lak pulak aku ngelabah setiap kali anak aku buat hal disekolah atau universiti. Sendiri cari masalah, sendiri selesaikan masalah. Jangan bawa balik masalah dan longgokkan atas kepala aku dan bini aku. Penampor Jepun naik kemuka, tak kira le dah besor panjang ke, dah akhil baligh ke atau ditahun akhir universiti ke.

Bebuih mulut aku nasihatkan bebudak dalam kelas-kelas aku, sedar diri tu, dapat belajr kat sini atas tangisan orang lain. Nsaihat ni sering aku tujukan kepada mereka yang masuk Second Intake. Sedar sikit, Second Intake tu, maknanya TAK LAYAK untuk diterima oleh IPTA lain, sebab tu dibagi peluang ditempat aku ni. Bila dah masuk, besar kepala pulak, macam pandai sangat, dah begelar budak IPTA! Podah..... Kalau betul-betul LAYAK, FIRST INTAKE dah dapat tawaran! Memang beza antara kedua-dua intake ni. First intak nampak besubgguh dan beminat bebandingkan second intake yang juga beminat...., beminat untuk monteng dan melaram, selain tak antar tugasan.

Kesimpulanya, budak-budak sekarang ni, terutama yang sebangsa dan seagama dengan ku mudah lupa diri, mudah lupa adat resam dan mudah lupa agama. Kelakuan, YA RABBI, ada sesetengahnya macam laki bini, bekepit sana sini, samapai semut nak lalu pun tak lepas. Kesian juga aku tengok sesetengah awek tu, muda-muda lagi dah 'buta' terutama bila melintas jalan, paut habis pada lengan balak, macam tak pernah lintas jalan sorang-sorang atau nak nunjuk dia ada balak. Kalau sekufu tu, tak per juga, ini, awek punyer ler cun....... meleleh air lior, tengok balak, SAKIT MATA nengok, serabai. Dah lah pakaian macam pakaian pinjam benggali mabuk jer, rambut macam balung ayam..... Entah ler apa nak jadi bebudak sekarang ni. Aku tengok, bangsa lain tak pulak tegila-gila macam bebudak yang sebangsa dengan aku, pakaian kemas, rambut, ada le juga yang serabai, tapi kena dengan fesyen dan tempatnya, bukan macam bebudak ni, tak kira tempat atau majlis, sama jer.

Tapi yang pasti kampus ni akan kembali hingar bingar pada hujung Julai nanti, apabila bermulanya semester baru, dan bermula lak igauan mencari kelas, pelajar yang sesat kelas, jadual waktu yang padat dan tekak yang sakit. Apa yang pasti, puasa tahun ni, dah tentu kurang pahalanya, sebab asyik marah budak jer...... Aku kena buat perancangan rapi, agar bila Ramadhan menjelma, aku tak perlu banyak becakap, tapi banyak mengadap komputer jer....... (Buat editing lagi bagus dalam bulan Ramadhan......, tapi jangan silap edit visual lain udah...), Insyaallah..... Amin.....

Tuesday, April 22, 2008

Longest Day

Sambil-sambil tengok tugasan bebudak ni, aku layan lagu The Longest Day yang di lalakkan oleh Billie Joel. Lagu lama, sesekali dengor, sodap gak... Bekali-kali aku ulang lagu tu, tak jemu dengor.

Aleh-aleh, teingat aku kat kawan aku sorang ni. Dulu dia ada ajak sorang MAK JAN keluar makan malan. Lepas tu, dia belanja ke dangdut. 'Sempat le menari dua tiga lagu. Tak seronok mana pun!! Sakit telinga dengor muziknya macam nak merobohkan bangunan. Nak becakap pun macam orang pekak, kena cakap kat telinga baru dengor'. Kaki sakit, pinggang sakit', ceriternya sambil tesengeh, nampak gigi rongak kuning dia. Sah memang perokok tegar!!!!!

Aku tanya, apa lagi yang seronok...? Sambungnya lagi.

'Dapat le peluk dia kejap, kena dua lagu slow, aku dah tak tahan, kena duduk, penak lepas tekinja macam beruk dalam zoo!!!!!' disambut dengan derai ketawa aku. Dia makin rancak beceriter.

Senayan tu aku dapat sms daripada dia.

'Abg kat maner...?' Tanya dia.

'Kat kedai, tengah minum' balas aku.

'O.K le, dah nak mula keje' Balas dia baik.

'Keje elok-elok' jawab aku, sambil kunyah nasi lemak.

Esoknya lak.....

''Abg kat maner...?' Tanya dia.

'Kat umah, tengah gosok seluar, nak gi keje' balas aku

'I miss u' teks yang aku terima. Tebeliak biji mata.

Sambil tesengeh, aku balas 'Abg pun sama'. Nak test ayat konon!.

Senyap lepas tu. Tak kisah le. Mungkin kredit dia dah abis kut. Dah jadi tabiat aku tak nak kacau orang masa keje, kecuali penting.

Esok nya, SMS yang aku terima macam biasa je, tanyakan kat mana,buat apa dan sebagainya. Perkara ni berlanjutan hampir 3 minggu. Nasib baik aku ada SMS free. Boleh lu aku balas. Dia bahasakan dirinya AYG.... (sayang le tu). Masuk minggu 4, dia diam. Aku SMS pagi, dia jawab petang, ada kalanya tak jawab langsung. Mungkin penat, bateri abeh atau kredit dah abeh. Lantak ler......

Agaknya aku dah tak tahan rindu, aku call le dia malam Rabu. Belum sempat aku abeh bagi salam, dia jawab....

'Look at the time NOW...! Call siang jer!' Tekejut aku kena sergah. Aku tengok jam baru kul 8.30malam. Sayup-sayup aku dengar ada musik, mungkin boleh aku buat kesimpulan dia kat kelab dangdut tu, dengan sapa.... jangan tanya..!

Aku anggok jer! Dalam hati .. padan muka kau!

Dia sambung lagi. Hujung minggu aku SMS dia macam biasa. Dapat jawab:

'Huh... lu lagi....' Tekejut juga. Elok benor bahasa yang digunakan. Aku diamkan ajer. Lusanya aku SMS sekali lagi, di jawab:

'LU LAGI.....! APA MAU?' Ini betul-betul buat aku tekejut!!!!!

Lepas tu aku diamkan diri jer. Aku tak SMS dan tak call dia. Dia pun macam tu. O.K. le....

Moral of the story..... NEVER BELIEVE in what you read (SMS la tu...). Lagi pun, mungkin ni yang dikatakan cinta berok..... ada duit abang sayang, tak ada duit, abang melayang. Tepikir gak aku, kalau aku dalam situasi macam tu, entah macam maner ngamok bini aku kat rumah. Mungkin aku kena mainkan lagu Tan Sri P. Ramlee.. Kisah Rumah Tangga.!

O.K. gua chow dulu. Nak memerut... Lama sangat tahan, dah tak tetahan lagi.

Sepi Kembali

Tanpa disedari, dah sampai ke penghujung semester. Dan dah hampir 6 bulan aku bertugas disini. Unsangkable!!!! Aku rasa cukup pantas masa berlalu, bak kata Mat Salleh, "time flies when you're having fun" dan "masa tidak menunggu sesiapa, kerana masa yang lepas adalah sejarah, masa yang ada adalah semasa dan masa depan, Allah ajer yang tahu apa yang bakal menanti.

Sekarang ni, bebudak ni tengah sibuk dengan peperiksaan akhir (subjek lain ler tu......). Aku pulak tengah sibuk mengisi markah dan menilai tugasan yang bertimbun dalam bilik aku. Kekadang tu aku sendiri 'sesat' mencari tugasan yang belum dinilaikan lagi. Nampak gayanya banyak yang lulus, kerana aku berpuas hati dengan tugasan-tugasan yang disediakan. Macam biasa jugak, ada yang rasa dah cukup pandai, dah tak perlu hantar tugasan dandatang kelas, memang kantoi ler.... tak dapek den nolong do..... salah sendiri. Ada yang hantar 4 daripada 8 tugasan yang diperlukan, tak datang kekelas hampir 8 minggu, alasan, susah bangun pagi, Kalau dah macam tu, Subuh pun lepas ler.... entah-entah tak pernah kenal rupa sejadah kut... Masyallah!!!!!Ada lak tu bagi alasan angin senggugut datang le... ikut balak jumpa bakal mak dan ayah mertua, tak dan nak print tugasan, dan ada yang berani, "Sir, I'm not submitting my assignment, so you don't bother looking for mine...'. Jadi aku cakapkan, so 'I can't be bother to give you, your grade..! Dengan muka selamba, macam orang tak mandi pagi dia jawab balik, 'It's O.K.! Ornag macam ni, layak ke dipanggil MAHASISWA...? Dan layak ke orang macam ni menjadi PEMIMPIN satu hari nanti? Tak negara, rumahtangga sendiri...! Sebab tu angka penceraian makin meningkat setiap tahun!!!!

Kekadang bebudak ni nak gunakan pengaruh dan kedudukan mak ayah, nak senang hidup, tak perlu hantar tugasan dan datang kelas, tapi boleh lulus. Minta SORRRRRI bebanyak le. Paduli apa aku siapa mak ayah deperkan. Yang belajar tu bukannya mak ayah dia, tapi mereka yang lupa diri, tak kisah berapa ramai lagi calun yang betul-betul ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA ni yang terpaksa meraung, berendam air mata, kerana tempat mereka diambil oleh mereka-mereka yang tak sedarkan diri dan menggunakan kabel untuk mendapatkan tempat, biarpun kelulusan lebih teruk dari yang hampeh..... Tapi itu lah dunia, siapa ada kabel kuat (macam kabel TNB, dapat ler..., yang wayar halus tu, lopong ajer....!).

Bebudak semester satu ni ramai yang bakal kantoi kerana markah tak cukup 50% daripada yang diperlukan untuk lulus. Subjek yang aku ajar tu, tak ler susah sangat, cuma kena banyak membaca dan menaip, membina pemikiran dan mencari maklumat sambil membaca. Susah sangat ke.....? Bila aku tanya dalam kelas, semuanya faham, mungkin yang dia orang faham, soalan aku ajer kut, apa yang aku ajar.... HARAMMMMM!!!!! Sementer dua aku kira ada 2 ke 3 yang bakal repeat, semester 4, tak tau lagi sebab belum final lagi. Tapi tengok pada "carry mark' ada sorang dua yang bakal mengulang. Kan ke bangang namanya tu. Di beri peluang belajar, main-main, bila kantoi, siapa yang susah...? Dah tentu aku!!!!. Nak kena jelaskan kepada boss aku ngaper deper kantoi, kena siapkan diri dengan bukti yang kukuh, kalau tak.... nyayer aky nak menjawab. Lepeh tu bebudak ni sah serbu bilik aku, dan aku harap tak ada yang meranung, begolek-golek minta luluskan. Belum lagi mak ayah yang ada 'standard'. Sah tak tanya akan ngaper kantoi, dengor cakap anak jer, terus serang pensyarah. Itu semua BALER yang bakal aku hadapi bila final result keluar nanti. Tapi sebagai otai lama, aku dah siap semua. macam aku nak masuk hutan cari pengganas dulu, doa kena banyak (bior panjang umur), peluru kena cukup, makanan kena cukup, alat lain kena lengkap, baru kita dapat berjuang dengan baik. Tapi bebudak ni, harapakn status mak ayah, untuk lulus dan menyenangkan hidup kat sini. Ada 2 ke 3 orang aku suruh datang jumpa aku kat pejabat, haram sorang pun yang datang. Agaknya aku ni tak layak nak nasihatkan bebudak ni. Lantak ler..... Yang nak ngulangnyer deper, aku lak, kalau ada rezeki, ngajor stong subjek aku, audio visual.....! Malang bagi pensyarah yang kena ngajor budak repeaters ni. Masalah sama akan berulang, kalau repeaters ni tak sedor gak diri dan ubah pernagai dan sikap. Ada sorang repeater, dah lah masuk kelas aku lepas 4 minggu, antor tugasan, macam nak tak nak jer, datang kelas ada ler 4 ke, 5 kali ajer. Dari tugasan yang diserahkan, aku dapati budak ni ada potensi jadi penulis yang baik, tapi asyik sibuk ikut balak dia sana sini.

Itu le silapnya polisi sini yang aku nampak. "Student is our client" pernah aku dengar pihak pengurusan kanan IPTA cakap. Kalau ikutkan cakap tu, kuantiti lebih mustahak dari kualiti le.... Agaknya yang dikehendaki ialah mencatitkan rekod, kuantiti pelajar yang bergraduat, bukannya kualiti pelajar yang bergraduat. Ini bab polisi, aku tak ambik pot. Lantak le.

Satu perkara yang jelas aku tengok, kebanyakkan bebudak ni, bawa kereta mewah, belanja mewah, dressing.... yang pompuan tu.... fulamak..... menggoda...... macam nak gi kerja, bukannya nak gi kelas. Yang sopistikated tu.... begaya habis, wangi semacam jer... naik tegak bulu roma... seram... yang selebet lak..., selebet abeh. Yang lelakinya lak, rambut dah ler macam lancak tak cukup makan, seluar, selondeh yang boleh, nak bagi tau orang warna seluar dalam. Ada sorang tu, mati-mati aku ingatkan lelaki, tekejut beruk aku tengok berpelukkan depan aku. Bila aku amati balik, aku tilik beberapa bahagian badan, sah... pompuan. Lagak, gaya cakap, perangai, rambut, macam jantan, roper nye betina yop oi!!!... Apa nak jadi bebudak sekarang.....? Terlalu mengikut 'fesyen' hingga lupa adat resam kita orang Melayu, sopan santun orang timur..... Tegelak... satu kampus boleh dengor, beborak, macam tak ada orang lain dalam dunia ni. Yang merokok tu, usah cerita..... Kalau ada pertandingan merokok, aku yang boleh dikatakan perokok tegar ni boleh kalah, K.O!. Macam serombong keretapi hidung masing-masing menghembuskan asap. Ada lak tu, siap lentuk abeh kat bahu balak, tanpa segan silu. Siap kongsi rokok dengan balak. Agaknya tak mampu beli rokok sekotak kut..? Tak tau le... mungkin silap pendidikan mak ayah sekarang ni, yang lebih mengejar duniawi, status dan pandangan masyarakat. Janji ada semua tu, anak lintang pukang, tak per.... Mungkin ada pak sanggup dah menunggu kalau-kalau anak telanjur. Deper ni lebih takut malu pada masyarakat sekeliling daripada malu pada ALLAH. Agaknya dah terlampau 'British then the British", sampai hilang identiti Melayu dan Islam. Alsan, dunia dah moden, ajaran ugama utuk makcik, pakcik dan bebudak kampungan jer. Deper tu orang bandor!

Bebudak ini aku tengok terlalu 'selesa' atau disebut sebagai ''complecent', sebabtak ada saingan dari bangsa lain. Kalau di IPTA lain, pelajarnya bersungguh-sungguh belajar, tapi disini aku tengok masih boleh outing walaupun petang tu ada exam. Alasan, nak hilangkan stress dan tension. Nak aku ciritkan ajer alasan yang dibagikan tu, tapi, tak guna, macam siram daun keladi. Tengok tugasan yang diberikan tak ada langsung peningkatan, terutamnya bahasa Inggeris, macam maner awal semester, macam tu juga le hujung semester. Apa yang dibelajor kat kelas B. Inggerisnya tak aku tau ler..... Tak ada peningkatan. Bila aku ajor guna ayat Inggeris, beduyun yang datang mintak aku gunakan Bahasa Melayu, sedangkan deper dah tau, di sini, semuanya sepatutnya dalam bahasa Inggeris. Bukan nak sanjung bahasa tu, tapi nak menyediakan bebudak ni dengan kemahiran berbahasa, kerana bila memasuki pasaran buruh, bahasa Inggeris menjadi faktor utama untuk mendapat kerja. Takut nanti, cakap Inggeris, pelat Kelantan, Terengganu, Kedah/Perlis atau Negri Sembilan. Takut nanti ada yang becakap, beralun, mendayu macam cakap Perak, atau yang ganas, keras macam Pahang, Melaka dan Johor. Bahasa n, kalau tak dipraktis, hancur...! Tu yang bebudak melayu boleh kantoi Bahasa Malaysia SPM!!!!!

Tengah bulan Mei ni, sunyi le balik kampus ni, sampai hujung bulan Julai. Aman kejap. Lepas tu huru hara hidup ni balik dibuatnya. tapi tak per. Itu pusingan hidup sebagai pensyarah. baru aku sedor, nga[er pensyarah aku dulu, lepas jer exam, dalam masa dua tiga minggu muka macam singa lapor...! Bila result dah dikeluarkan, muka baik balik. Siap ajak aku minum sekali!! Itu, namanya, PENGALAMAN!!!. Aku selalu sebut pada 'bekas pelajar' aku, pengalaman adalah guru yang terbaik dan teman yang paling setia dalam proses mematangkan fikiran dan diri, boleh memilih mana baik mana buruk, mana nak didahulukan mana nak dikemudiankan dan mana yang harus/wajib dielakkan. Itu bagi yang sedor, bagi yang tak sedor-sedorkan diri, tak ada perubahan, kat takuk lama. Orang macam ni yang dikatakan orang yang sentiasa dalam kerugian, rugi dalam segalanya,usia yang diberikan Allah, kesenangan yang disediakan oleh mak ayah, dan paling dikesali, kurang ajar pada diri sendiri.

Eh.... udah-udah le tu..... Nak gi jaga exam. Nama dah naik. Semalam bos dah 'ingatkan' balik supaya jangan curi tulang kalau tak nak terima 'surat cinta' dari Pengarah Kampus. Rupanya jadi pengawas pepeeriksaan ni, MENGANTUK GILER dibuatnya!

Assalammualaikum.... Gua chow dulu.

Thursday, April 3, 2008

Kelas Langau

Dah lama aku tak menjengok ke ruang siber ni. Banyak kerja sikit, ialah dah nak akhir semester. Nak ke buat persiapan pepeiksaan akhir, tempah bilik, kelas gantian dan 1001 macam lagi perkara yang datang bertimpa-timpa. Tapi aku seronok menghadapi cubaan sebegini, kerana ianya baru dlam hisup aku. Patut ler aku tengok pensyarah-pensyarah aku dulu sentiasa tension ajer bila nak akhir semester. Macam ni rupa rasanyer....

Dah nak abeh semester, ada juga kelas yang buat perangai lagi. Kelmarin, sekali lagi aku naik angin. Dah dua kali aku warning kelas ni, tapi semuanya telinga kuali gamaknya. Degil nak mampus. Aku nak abehkan syllabus, dia bantainya berborak, siap ambik gambar dalam kelas lagi. Dah tu, memekak, ganggu kelas. Aku tinggikan suara, dia orang pnikut sekaki. Aku dia, dia diam, kejap jer... lepas tu bising balik. Bila aku tanya dah abeh ke beceriter, udahkatanya. Aku mulakan peljaran ari tu, dia mula juga menyembang.

Aku betul-betul kecewa dengan sikap bebudak sekarang yang tak reti nak hormat rakan sekelas. Dah le tak nak belajor, memekak pulak, ganggu yang lain, yang nak belajor. Ada sorang minah ni, dari mula masuk kelas, sampai nak abeh, tak abeh-abeh menyembang,betepuk tampor ambik gambor le, memekak dan duduk besila ateh kerusi. Nak ajer aku hempok handfon dia, macam dia sorang ajer yang ada handfon. Tapak tangan kanan aku rasa gatal, maklum ler, udah bepuluh tahun tak nampor orang, ringan aje rasanya. Tapi mikiorkan anak orang aku sabor jer le kejap.

Bila dah aku naik angin, mula ler aku membebel. Tau lak nak sengap, macam cicak kena kapor. Aku katakan yang kelas ni, kelas langau kebuluran, memekak jer, tak kira siapa ada keliling. Aku capkan orang macam ni, orang yang tak tau bersyukur, dapat masuk belajor kat sini, tak ada sopan, kerna tak reti nak hormat aku sebagai pensyarah atau orang tua, dan aku katakan, deper tu kurang ajor pada diri sendiri, kerana tak reti bersyukur dengan pengorbanan mak ayah, ngantor mereka belajor kesini, bagi duit belanja. Aku katakan juga, duit yang ada dalam poket tu pun duit kerajaan, (PTPTN ler...) udah nak nunjuk lagak, besor kelapa dan sombong, sombong bodoh. Lantak deper le, nak belajor ke idak, janji tanggungjawab aku settle, aku datang mengajor deper yang nak belajor, tapi yang langau ni, aku biorkan, jeneh tak makan saman. Agak diromah pun macam tu kut..... mungkin famili deper rasa aman deper kat sini, jauh dari romah.

Elok-elok nah abehkan dua bab, tebantut hasrat aku. Aku kemas, aku angkat kaki. Sebelumtu, aku suruh deper pikiorkan apa yang aku bebelkan, lepeh tu berambus le ke pasor malam, sebab aku dah agak, dalam kepala dah penuh dengan bayangan nasi ayam tomato, yongtau fu, keropok lekor, ice blended, kek dan kuih muih. Langau kebulur ler katakan. AKu kaborkan, kalau angin aku elok, minggu depan aku datang bagi tip oeriksa, lain tu lantak deper ler, nak baca ke idak ke, sendiri mau ingat. Ingatkan minggu depan nak suruh bebudak ni bawak kamera, boleh le begambor satu kelas, nak bagi duit sikit, boleh le buat majlis kecik sikit, lepeh abeh kelas, tapi aku lak yang frust.

Masa aku nak keluar, ada le pelajar yang cuba buat baik, ucap terima kasih. Aku buat dek ajer. Ada yang bagi tugasan siap nota, mintak maaf, sebab lambat sampai, alasan, hujan renyai. Dah lambat, terhendap-hendap macam tikus mondok lak tu. Keluar ajer dari bangunan, hujan dah renyai balik, jadi sejuklah sikit hati aku yang panas ni. Balik ke bilik, aku tengok tugasan bebudak ini. Macam biasa, CUT N PASTE! Memang hampeh, jadi markahnya pun nanti aku cut le, lepeh aku pastekan dinding bila final resut kelor nanti. Sesama ler kita tengok berapa yang 'merepeat' semester depan. Bukan aku yang nak buat, tapi deper yang minta. Suruh buat tugasan, main-main, presentation, datang kelas, memekak, tak usah cakap, HANCUS.....! Ada hati nak jadi 'compare'. 'Compare' bilik air boleh le.... Nak kata aku membosankan semasa mengajor, memang aku akui, adakalanya aku sendiri rasa memboringkan, tapi aku ni cuma manusia yang dah 'Asar', jadi senang tersentap dengan keadaan sekeliling. Kalau dah datang lambat, ganggu mood aku nak ngajor, dah lambat, memekak lak. Nasib baik hari tu, si 'tukang rambut' tak datang. Kalau ada, memang dia aku bancuh sekali. Korjer lain tak ada, ayik membelik rambut 'teman lelaki'nya ajer. Agak aku, deper tu, apa namernya... GAY! Na'uzubillah minzaliq!!!!!

Sambil tunggu kelas ganti aku belah malam, terpikir aku, tak semua yang kiter cadang akan menjadi. Bak kat otai-otai lama, manusia merancang, Tuhan menentukan. Aku cadang nak kotim dengan bebudak ini, buat majlis akhir semester, ambik gambor buat kenangan, maklum le first batch yang aku ajor walaupun bebudak ni dah di semester 4. Nak seronok le sikit, nak kenal bebudak ni, kerana selama ni aku kenal nombor matrik deper ajer, nama, HARAM aku ingat. Ini baru cubaan ciput, semester depan, algi besor batu jemalanya yang nak hinggap. Semester depan, bebudak ni jugak yang nak aku tengok, semester depan lebih teknikal, nak buat video klip, dokumenteri bantut dan drama kontot. Kalau deper main-main, alamat nak lingkup le!!!

Ha..... dari asyik memikirkan sangat pasal kelas langau kebulur tu, baik aku siapkan kertas kerja untuk Majlis Anugerah Dekan yang bos suruh aku buat. Tak banyak pindaan, cuma tukor sikit-sikit budjet, lepeh tu boleh submitkan kat dia. Harap-harap apa yang aku buat tu dapat diterima.

Eh... udah ler tu, jangan asyik nak membaca blog aku ni jer, gi buat keje.......!!!!!!

Sunday, March 30, 2008

Kenangan Mengusik Jiwa

Macam minggu-minggu lain, setiap hari Jumaat, aku akan bersedia untuk balik ke Selangor, kepangukan isteri dan anak-anak. Macam biasa, kelas abih lewat sikit, kerana ada presentation. Tak sangka lak, ada group yang bagi aku cenderahati. Aku terima dengan hati terbuka, namun tak terikat dengan apa-apa komitmen, apa lagi untuk beri markah lebih atau markah kesian. Setiap kumpulan aku bgikan markah mengikut cara persembahan, bahan alat bantu yang digunakan, powerpoint, dan perwatakan setiap anggota kumpulan.

Dah bebuih mulut aku becakap, bila buat presentation, JANGAN MEMBACA, tapi...., kesemuanya, kecuali satu kumpulan, MEMBACA. Buat aku naik angin ajer. Ini bermakna apa yang aku leterkan selama ni, bagai mencurah air kedaun keladi!, ngabeh ayor lior aku jer. Dah membaca, sangkut-sangkut lak tu, menunjukkan yang bebudak ni tak buatpersiapan langsung. Latihan aku agak memang tak ada buat langsung, main belasah, siapa dulu, siapa kemudian. Tak ada kesinambungan dalam presentation. Tajuk, boleh tahan, tapi ada satu dua kumpulan yang menyimpang jauh dari tajuk yanh aku berikan.

Tapi, rata-rata aku bagikan juga markah, termasuk markah kesian. Ini memandangkan kesungguhan (yer ke tidak....!) dalam mencari bahan. Kebetulan, tajuk dokumentari yang dipersembahkan, pernah aku tengok di kaca TV, jadi sedikit sebanyak aku tahu ler jugak apa yang nak disampaikan, tapi aku yang kecewa, kerana apa yang aku harapkan dari peresembahan bebudak ni tak kesampaian.

Setelah aku komen dan aku kutuk persembahan mereka, hujan turun, lebat lak tu.(Agaknya kemurkaan Tuahn kut, sebab kutuk lebih-lebih...!). Sangkut kat opis. Aku telefon isteri, bagi tau aku mungkin pulang malam atau pagi esok, kerana air-con kereta meragam, tak larat nak mengelap cermin ajer. Sebelum maghrib, aku dah duduk menikamti nasi goreng digerai kat taman aku. Aku telefon 'kawan' lama aku. Bukan main rancak akmi bersembang, sambil aku menguyah nasi dan telur dadar. Tesedak aku mendengar berita seorang lagi 'kawan' telah nikah semula dengan 'janda'nya dulu, minggu lepas. Aku tekejut le, sebab, dia nalipon aku tidak,SMS jauh sekali, tup-tup dah nikah semula.....! Nie baru dikatakan JODOH ditangan TUHAN. Elokle, kembali membina masjid yang dah roboh tukan, dan aku hanya dapat ucapkan SELAMAT PENGANTIN LAMA' pada 'kawan' aku tu, semuga kali ni, sampai akhir hayat bersama. Nie macam punyer kawan pun ada..!

Lepas makan, sambil mengirup teh tarik yang dah nak sejuk tu, aku telefon sorang lagi 'kawan'. Yang ni memang betul lama tak jumpa, apa lagi telefon. Aku dapat nombor dia pun dari 'kawan' aku yang baru nikah tu. Sembang punyer sembang, tesasul kau ajak dia keluar, makan malam le kononnya! Nyaris tak menyembur teh tarik aku bila dia kata O.K! Datang kerumah ambik! Aku dah kelam kabut, nak kensel, 'kawan' ni dah setuju. Aleh-aleh, aku minta alamat dan petunjuk kerumah dia.

Azan Maghrib berkumandang dari masjid di kampus, sebaik sahaja aku masuk giyar kereter aku, nak balik kerumah. Macam umat yang lain, lepas selesai tanggungjawab aku, aku pun mula bekemas. Pertama, sular jerut aku. Tak nak peristiwa minggu lepas berulang kembali, nyaris-nyaris pinjam seluar jerut anak!!!! Masukkan lak baju, seluar dan lain-lain keperluan 2 hari aku disana nanti. Dah siap aku masukkan dalam kereta, termasuk kain baju yang nak dibasuh, periksa minyak hitam dan air kereta, akupun bertolak menuju ke Selangor. KAJANG.... Tunggu.... Aku Datang......!

Sepanjang perjalanan, aku dengar ler lagu daripada MP4 aku, sebab radio kereta dah kong! Cuaca lak sejuk, jadi perjalanan aku ceria ajer, lebih-lebih lagi mikirkan kemana nak ajak 'kawan' ni makan malam. Gelabah dibuatnya, bukan aper, setahu aku, 'kawan' ni 'maintenance'nya tinggi. Cukup tak sen yang aku ada...? Sampai Kajang, dalam kul 10.30 malam. Lepas kemaskan barang, macam biasa, aku berebut remote ASTRO dengan anak aku. Dia nak tengok Diari AF, aku nak tengok dokumentari, mana ler tahu, dapat ilham untuk ngajar nanti. Dah puas berebut, aku ajak anak-anak aku pekena teh tarik mamak kat rumah aku. Isteri aku dah sampai ke Tapah ku.... bedengkor..... penat, seharian bekerja. AKu biarkan ajer dia lena dilamun mimpi (kalau tengah mimpi....).

Sabtu, macam biasa, tugas 'wajib' aku, bawa kain kekedai dobi untuk dibasuh, siap keringkan. Kesian aku tengok isteri aku menjemurkan, tak siap-siap. Jemurkan luar, cuaca mendung, sidai kat dalam, 3 hari 4 malam baru kering. Dekat tengah hari baru aku balik dengan pakaian yang dah siap dicuci dan dikeringkan. Ala... macam kat asrama di kampus ni, mesin basuh pakai syiling. Aku kena gunakan 2 mesin sekali jalan, untuk basuh dan kering. Satu mesin basuh RM3.00, dua dah RM6.00. Kering lak, satu RM2.50, dua, dah RM5.00, tak kira lagi dua botol kecik air mineral. Bepeluh juga le aku tunggu, sebab kedai tu, kipasnya diletakkan dekat mesing mengering, ada ke patut...? Jadi, sekali 'basuh' kat RM20.00 terbang, tak kira minyak dan tol. Tak per le, dah tanggungjawab aku, Nak belikan mesin basuh, naknya yang seribu lebih, senang, automatik, besar, boleh basuh banyak baju sekali harong kata isteriku. Dah jenuh dia merungut, suruh belikan, tapi aku buat dek aje....

Petang tu, bawa lak anak-anak dan isteri beli barangan rumah. Ambik punya ambik, bila sampai kaunter, isteri mintak duit. La.... yang dia ambik duit tadi, untuk aper! Menyirap angin aku sekali lagi. Aku memang tak bawa duit, ada pun untuk 2 helai seluar yang dah aku pegang. Tak kesampaian juga hasrat untuk pakai seluar baru kekelas minggu depan. Duit tu aku bagi kat isteri aku, tambah duit dia untuk bayar barangan dapur. Lain kali cakap siang-siang....., senang buat budjet...!

Lepas maghrib, aku besiap nak ambik 'kawan' aku. Bedebar juga, bila bagi tahu kat isteri aku nak keluar dengan 'kekawan'. Aku buat muka selamba dan terus keluar. Sesat masau aku dibuatnya mencari alamat yang diberikan. Dekat 20 minit mencari baru jumpa, kawasan perumahannya, belum jalan dan rumah. Kredit pulak masa ni buat hal.... dah nak habis, jadi aku main SMS ajer le..! Tinggal SMS free aku yang last, baru jumpa jalan dan rumahnya. Bepeluh ketiak memulas setering kereta yang guna pautstering tu.

Lepas kesat peluh, aku tanya kat mana nak makan..? Tebeliak biji mata, bila dikata, tak kisah, kat warung pun jadik! Setahu aku dia ni dulu, warung-warung ni, tak main, pandang sebelah matapun idak maunyer! Lega aku!!!!! Sambil makan, masing-masing buka cerita. Dia dah becerai, LAGI SEKALI!. Aku tanya, sebabnya? Dia diam, jadi aku pun diam ler. Aku ubah topik, kali ini dia rancak. Agak aku kena dengan topik bodoh aku tu kut. Sembang punya sembang, habis le sekotak rokok, dia ajak aku round KL. Aku kata, malam-malam ni, aku kurang cam jalan, dah dia mula tarik muka. Mengalah juga aku sudahnya. Dia ajak aku ke Sentul, akun OK jer. Tapi suasana dan jalan dah banyak berubah, 3 kali tawap (sebab ada nite market) baru jumpa tempat yang dicari. Dia ajak aku masuk, no problem, on the house katanya. AKu sengeh jer, ikut. Pekak kejap telinga, buta kejap mata, rupanya kelab dangdut. Dah lah macam orang rabun ayam bejalan mencari tempat kosong. Jumpa, terus duduk, tengok pakcik dan makcik tekinja-kinja, macam beruk kena belacan la...! Rumah dah menghalau, kubur belum tentu nak terima. Order le coke sorang satu. Selamba jer dia bayar. Dah coke segelas, puas tengok 'monyet tua' tekinja, aku ajak balik, sebab jam dah kul 2 pagi!. Nak antar dia balik, aku sendiri nak balik,mau kul 4 pagi kalau tak gerak sekarang. Keluar jer kelab, aku tengok bil..... nak tecabut biji mata, RM35 dan sen-sen...... untuk 2 gelas coke! Katanya iru biasaler....... Aku yer kan aje, sebab itu pengalaman pertama....!

Dalam kul 3 pagi aku sampai kawasan rumah. Tepandang lak member selorong tengah khusyuk main carom. Aku singgah. Kena juga ler sepapan dua. Kat kul 4 juga baru sampai rumah, itu pun kerana perut dah meragam.......

Masuk kerumah aku terus menguruskan hal perut, sambil tesenyum mikirkan hal 'kawan' aku ni. Macam mana dan ngaper dia'berubah'? Dulu maintenance tinggi, kini dah bolehlah lepak gerai mamak. Dulu tak pandai ke dangdut, kini dah selalu (agaknya, bila dia kata 'biasa ler tu').

Perubahan tak kenal sesiapa. Sesiapa sahaja boleh berubah. Sama ada perubahan dilakukan dengan azam diri sendiri, terpaksa atau terikut-ikut, itu terpulang. Mungkin ada yang berubah setelah mendapat hidayah, tapi aku rasa kebanyakan yang berubah, kerana terikut dengan keadaan sekeliling, dan tanpa menggunakan kurniaan ALLAH yang penting kepada manusia, iaitu OTAK dan NAFSU. Sebab itu ALLAH jadikan manusia dengan otak diatas dan nafsu diawah. Mungkin tujuannya supaya manusia berfikir sebelum bertindak (aku sendiripun bukannya pandai sangat hal kejadian manusia...!, hanya sekadar apa yang ustaz ceritakan), kerna apabila manusai berfikir dan bertindak mengikut nafsu, maka penuhlah kelab-kelab malam seperti kelab dangdut ni dengan manusia yang lupa diri, lupa agama, bangsa dan lebih menyedihkan seolah-oleh tak ada maruah diri. GROnya dengan pakaian yang tak cukup kain dan benang, merelakan tangan lelaki tua merayau disegenap tubuh montoknya, diiringi hilai ketawa manja (sama ada buat-buat atau betul, tak tau ler aku...), dengan alasan mencari sesua nasi untuk anak setelah berstatus MAK JAN. Ada juga yang 'part-time', cari duit lebih, maklumlah hidup dikota kosmopolitan ni, segalanya memerlukan duit.

Jadi, sama-sama lah kita fikirkan perkara ini. Adakah perkara sebegini perlu...? Adakah tidak ada cara lain untuk menghiburkan hati, selain dengan meneguk arak dan menyentuh kulit yang bukan mahram, disamping mempertontonkan tubuh badan kepda khalayak....? Walau apa alasannya, ada cara lain yang lebih baik, yang lebih sesuai dengan umur dan fizikal masing-masing. Kalau dulu aku duberitahu, seseorang pengunjung kelab dangdut boleh menghabiskan sebulan gaji semalam, aku tak percaya, tapi setelah melihat dengan mata aku yang agak rabun ni, aku mula percaya. Hiburan yang dicari hanya sekejap, berbanding sengsara yang ditanggung hingga tarikh gaji bulan depan.

Jadi sekali lagi, bertindak ikut akal fikiran yang waras atau mengikut nafsu...? marilah kiter sama-sama fikir kan.....! Selamat beramal......!

Friday, March 28, 2008

Jejak Langkah

Hari yang dianggap sebagai ibu kepada semua hari, menjengok kembali. Hari nie, hari Jumaat. Aku macam semalam juga, sihat tubuh badan, selera makan makin bertambah. Aku besyukur rezeki yang diberi Allah hari nie.

Tak banyak yang menarik sebelah pagi, cuma aku tekejar kepejabat pos, ngantarkan permohonan anak. Anak zaman sekarang..... tau nak senang jer. Selisih kereta bos kat bandar pun pun aku tak sedar. Deper yang nak minta belajar sana-sini, mak ayah yang jadi pening, menguruskan semuanya. Aku dah lali dengan perkara ie, kerana nie, anak aku yang ketiga, baru lepas SPM. Alhamdulliah, keputusan yang di perolehi memberangsangkan, dan peluang meneruskan cita-citanya nampaklah cerah sikit.

Tapi, disebalik keseronokan dan kegembiraan, aku termenung kembali. Untuk apa semua kegembiraan yang aku sekeluarga nikmati? Aku dapat kerja baru yang lebih baik, anak-anak aku bejaya dalam pelajaran, namun untuk apa...? Aku sempat berkongsi 'kejayaan' aku dan anak-anak dengan ibu ku hanya sebentar, kerana Allah lebih menyayangi ibu ku. Rasa kosong hidupku ini, ialah setelah berhempas pulas belajar, tegang urat tekak memarahi anak-anak supaya belajar bersesungguh, namun kejayaan yang dinikmati sekarang seolah tidak bermakna. Sumber inspirasi, 'kawan aku begaduh' dan tempat aku bermanja telah pergi jauh, tak akan kembali, menyahut panggilah Illahi dan hanya dapat aku buat ialah mendoakan agar kedua-dua ibubapa ku dtempatkan bersama para Ambia', dilapangkan urusan dialam barzah, dan dijauhi azab kubur.

Petang ni, aku kena 'kensel' kelas kerana mesyarat dengan bos. Macam-macam perkara dibangkitkan. Aku besama seorang lagi rakan setugas yang 'otai' ditugaskan untuk membuat kertas kerja untuk 2 acara yang melibatkan jabatan aku. Ha... pening kepada aku. Tapi, 'otai' ada, apa nak risaukan. Aku juga tengah pening nak cari sebut harga komputer untuk disertakan dengan permohonan pinjaman komputer. Hutang lagi........ Hidup nie, kalau tak berhutang, tak sah......., tak memiliki harta duniawi......, terpaksa, kalau tidak, mana nak beteduh..? Nak jalan kaki kepejabat dan balik....? Melecet peha bang oi......! Tapi demi kehendak anak, terpaksa juga aku minta sepupu aku jadi penjamin pinjaman.

Niat hati nak pergi awal kemasjid, nak baca yassin le. Sampai ke kedai makcik donut tembam, tetiba ada seorang 'Hindraf' tegur aku. Aku senyum balik. Aleh-aleh, dia minta aku belanja teh dan kuih. Kesian lak tengok hindraf tua ni. Jadi, aku layan juga. Lagipun aku memang nak singgah lepas Jumaat nanti, nak beli donut yang tembam tu. Layan punya layan, sesedar, dah nak masuk Zuhur. Kelam kabut juga aku dibuatnya. Mudah-mudahan, pahala (kalau ada) belanja hindraf tua tu dapat ganti pahala membaca yassin. Dan kalau ada pahala, aku sedekahkan buat kedua ibubapa ku yang amat ku rindui. Ada kalanya meleleh juga air mata bila terpandang gambar yang menjadi teman dirumah sewa aku kat sini. Hasrat ibu aku nak 'mandi cencaluk' tak kesampaian, walaupun aku dah siapkan cencaluk, katil dan almari.

Angin aku agak sepoi-sepoi bahasa aje lepas mesyuarat denga bos. Sebabnya, pelajar asyik SMS aku, minta kensel kelas. Tugasan ada dua nak aku ambil, ada satu lagi kelas yang aku suruh masukkan dalam kotak kat bilik aku. Aku diamkan ajer. Namun bila aku bergegas kekelas, hanya ada 7 - 9 pelajar. Bagi sikit taklimat, dan aku bagi tau, aku akan ganti kelas deper tu, Semua setuju, hari Khamis nie buat, disertakan dengan kumpulan satu lagi. Hujun minggu deper ada ujian akhir, jadi kira-kiranya nak bagi tip le (sedangkan aku sendiri tak tau aper....!). Sebagai tanda hargaan tunggu aku, aku minta pelajar yang ada untuk tandatangan kedatangan. Yang lain tu kira absen ajer ler. Sebab, dah tau kelas mula 2.30 petang, yang dibeli tiket bas kul 4.30petang tu sipa suruh> Cari nahas ler namanya tu. Tu sebabnya aku diamkan ajer bila wakil kelas minta aku kenselkan kelas. jam baru nunjukkan pukul 3.00 petang. Siaper tak naik angin?

Hujan turun lebat, isteri tersayang lak telefon, tanya bila aku nak balik. Aku cakap kalau tak malam nanti, esok pagi, sebab air-con kereta tak elok. Tanya-tanyakan kabar anak-anak, katanya semuanya sihat. Si Along, lepas final baru balik, kira balik teruslah tu, dah habis belajar, Si Angah lak, ngajak ke TESCO, nak beli barang (duit lagi le tu), Si Kimi lak, tak reti langsung nak buat kerja rumah, nyapu ke, lipatkan kain ke.., Ada hati nak cari kerja konon, tapi malas nak bertanya, Si Apis, nak kena jengok kat RMC, kalau idak, muncong. Si Nana lak, kesekolah, paip air didapur tupun dah lama meragam, nak mintak ganti, duit lagi.

Aku tanyakan pada isteriku, tengah April sibuk tak..? Kerana ada hari keluarga jabatan kat Sanglang. Kena Pot Luck, tapi ada tambahan dari jabatan. jadi pasal makan tak kisah sangat. Kira punyer kira, kami ambil keputusan, kalau dia datang sini, bawalah siapa yang nak ikut. Sementara tungguhujan berhenti, aku duduk kat pejabat, periksa tugasan yang dihantar, sambil menunggu kalau-kalau ada lagi yang nak hantar tugasan (kelas ari Rabu....), sambil dengar lagu-lagu lama nyanyian CLiff Richards. Yang jadi hit aku, Bachelor Boy, We Don't Talk Anymore dan Uptown Girl, dilalakkan oleh Billy Joel dan juga Desert Storm lagu Sting yang ada unsur Arab. Campur sikit Beatles, ragge, macam Don't Worry, Be Happy dan lagu instrumental, aku layan....

Apa yang aku dapat hari ni, sedikit hidayah dan kesedaran. Apa yang direzekikan kepada kita bukan semunya untuk kita. Macam aku, ada bahagian untuk hindraf tua, untuk Si Angah dan dapur. Jadi aku congak dan dharab, apa juga rezeki yang dapat, jangan le kemut sangat. Ada hak orang lain dalamnya.

Baru aku teringat..... zakat, aku dah bayar lum........?

Thursday, March 27, 2008

Sajak Dari Pemimpin

Hari ni, mentari terik membakar bumi, walaupunada ketikanya suram macam nak hujan. Sedang syok menikmati teh O ais, aku dapat mesej daripada kenalan lama, sekali sajak da..! Aku baca, tersenyum dan terfikir sejenak, apa kait mengaitnya sajak ini dengan aku? Aku terus baca, macam ni le bunyi nya... (tapi aku tokok tambah sikit, bagi sedap mata membaca.....

SAJAK TERAKHIR DARI PAK LAH

Ku cari damai dihati,
Ku perkenalkan Islam Hadhari
Ku mencari dimana Ghazali dan Shafie
Malang sungguh, aku kehilangan Sharizat dan Samy
Isteri tercintaku baru sahaja pergi
Ku ambil Jin sebagai ganti
Namun kegembiraan semakin jauh dari hati

Oh..... sakitnya hatiku ini
Bila si pembangkang menang di lima buah negeri
Memang..... aku sungguh tak puas hati
Nak buat macam mana, dah kehendak pengundi
Nasib baik aku tak hilang kerusi dan gigit jari

Mahathir dah suruh aku berhenti
Tapi, aku kesian kat menantuku, si Khairi
Dia kempunan sangat nak jadi menteri
Puas ku pujuk....,! sabar..... ! Empat tahun lagi
Itu pun kalau aku masih jadi Perdana Menteri
Atau aku kembali menyahut panggilan Illahi..........

Mungkin itu lah yang bermain dikepala pemimpin negara kita sekarang ni. Bila kedudukan ditentukan oleh rakyat, inilah padahnya. Banyak cakap, tak bikin kerjapun orang tau punya.... jangan nak sembunyi, spy Leman ada merata tempat, cuma SB tak tau mana nak cari.

Niat di hati nak tahngguhkan persidangan tahun ni, tapi ada lak suara-suara yang tak puas hati. Katanya kenapa nak elakkan diri dari kenyataan? Yang umumkan cadangan penangguhan, si 'Mike Tyson', aleh-aleh, Si Puteri lak yang membangkang.

Oleh itu, emapt tahun lagi, fikir-fikirkanlah apa yang patut dilakukan. Jangan kerana marahkan pijat, KLCC tu dibakar...! Kena fikir masa depan anak, cucu, cicit dan piut. Jangan ada yang merempat dinegara sendiri, macam sesetengah negara barat.

O.K. ler... had ini dulu. Aku ada hal. Karang ada lak yang merusuh dalam bilik kuliah.

Jumpa lagi.

Tuesday, March 25, 2008

Sejarah Berulang Kembali

Hri ni, Rabu, 26/3 rasanya macam semalam. Rasa gembira petang semalam yang cuba aku kekalkan hingga petang nie, sekali lagi bederai. Semalam aku gembira sebab gaji, boleh bayar utang kereta, bil api dan air dan belanja barang rumah sikit, bil ASTRO (dah 3 bulan tak bayor) dan belanja kekawan minum. Ada lak kawan satu kuliah di UPM dulu singgah dan bermalam, lagi ler aku rasa seronok, kerana ada kawan besembang. Pagi ni aku keluar rumah awal sikit, sebab nak kejarkan nasi lemak makcik disebelah kedai kakak donut tembam (Bukan lucah ha, memang, donut yang dijual tu 'tembam' 60sen sebiji you!!!!! Kena sebiji, nak cukup, tak payah makan malam, kena pula dengan nescafe ais... huhhh......!)

Lepas sarapan, aku ke bilik aku, cari-cari bahan kat internet jap. Sesedor dah 8.25 pagi. Aku pun dengan ceria melangkah ke kelas, (agak jauh,mengah juga le), kelas yang berada diujung kampus. Tapi memikirkan tanggungjawab dan juga untuk mendapat sikit senaman, aku susun langkah ke bilik kuliah berkenaan sambil menyanyi (sumbang da...! Apa paduli, janji aku senang).

Macam semalam, dalam kelas ada 4 pelajar yang menunggu. Macam semalam juga aku menunggu. 8.35 pagi, masuk lagi 6 orang, diikuti beberapa pelajar lain. 8.45 pagi macam ombak tsunami ramainya pelajar yang masuk. Riuh kejap kelas tu, Aku gembira. Agak-agak dah selesa, aku pun mulakan kelas. Mula-mula buat lawak jap dengan 'calun-calun menantu', ialah nak ceriakan kelas yang aku tengok macam dilanggar geruda...., monyok semuanya. (Tak tau ler kalau monyok sebab tugasan tak siap lagi ke atau angin senggugut dah sampai...)

Macam biasa, aku tanyakan tentang tugasan yang telah aku berikan. Rata-rata kata dah cukup 8, tak temasuk journal, ada satu bahagian lagi kena antar. Kena hantar masa dalam cuti belajar nanti, supaya tak ganggu minggu peperiskaan yang dijangkakan pada 21/4 ini, tarikh yang bakal mnentukan sama ada mereka perlu 'repeat' kelas atau tidak.

Setelah puas hati dengan bilangan tugasan yang telah aku berikan, aku meminta tugasan terakhir mereka. Macam biasa, lembab, masing-masing menunggu kawan lain untuk antar tugasan. Ada pulak tu yang masih nak tengok-tengok tugasan (tak aku tahu apa yang dibeleknya), ada yang tekial-kial cari 'stapler' dan macam biasa, berebut nak letak tugasan sendiri dibawah tugasan member lain. Kena sergah, baru ler belumba-lumba menghantar tugasan kemeja aku.

Macam biasa, aku belek-belek tugasan yang ada, satu per satu. Aku mula naik angin. Masih ada yang buat 'cut and paste'. Tambah aku geram lagi, 'shading' tak dibuang!. Kalau dibuang pun, bahasa yang digunakan terlalu teratur, beza dengan 'intro' dan 'conclusion'. Aku suruh bebudak ni buat konklusi tentang artikel yang diambil dari website, dan tampalkan URLnya sebagai rujukan, bukan suruh buat tugasan 'cut n paste'.

Apa yang aku dapat...? Kebanyakkannya 'cut n paste'. Ingat bebudak nie, aku nie rabun sangat ke hingga tak dapat bezakan mana bahasa yang bebudak nie gunakan dengan bahasa 'cut n paste' tu? Sorry ler.....! Sebab aku sendiri pernah melaluinya, namun, dikitar semula maklumat yang ada dengan gaya bahasa sendiri. Biar tonggang langgang nahu bahasa, janji aku boleh tangkap maksud, ada le markah yang aku bagi. Tapi kalau cut n paste, dan nak markah tinggi, boleh kirim salam ajer ler jawabnyer. Agaknya bebudak nie maskin dekat dengan minggu pepepriksaan, makin malas nak buat tugasan besesungguh.

Apa yang menghampakan aku, masih ada yang kata aku tak minta, tapi banyak yang buat muka monyok, macam kera teran taik keras!!! Ada pulak tu yang antar, tak tau hujung pangkal cerita, 'intro' tak ada, 'content'nya entah kemana, 'conclusion'nya ghaib, tau-tau dah 'cover' belakang ajer. Aku dah bagi tau, aku nak bebudak nie cari artikel dan satu teori pasal keganasan media kat internet, baca, faham dan buat analisi atau ditulis semula dengan gaya dan kefahaman sendiri, disertakan dengan rujukan.

Apa lagi, sejarah semalam berulang kembali. Aku membebel dalam kelas macam mana aku membebel di kelas aku pada hari Selasa. Aku tanya tujuan bebudak nie datang belajar kat sini. Datang nak belajar, main-main atau menghabiskan duit kerajaan? Aku cakap bebudak ini ada kat sini sebab dah rezeki mereka dan juga atas tangisan calun-calun yang gagal mendapat tempat. Kalau nak belajar, belajar sungguh-sungguh. Kalau lain pada it, berambus dari IPTA ni lagi baik. Lagi ramai calun yang berkualiti boleh ganti. Muka masing-masing aku tengok monyok macam tikus mondok yang melekat kat gam tikus. Ada yang tak reti adat, masih boleh bergurau sende sesama mereka. Nak aku halau ajer keluar, tapi, buat abeh ayor lior aku jer.

Tugasan yang tak cukup sifat tu aku bagi balik, dan aku bagi tau, antar semula kepejabat aku pada ari Jumaat, lepas Sembahyang Jumaat, sebelum kul 5 petang. Aku terus keluar dan belum sempat aku keluar bilik kuliah, dah riuh rendah suara bebudak ni. Tak tau ler sama ada bising pasal tugasan atau bising kerana bejaya naikkan 'blood pressure' aku, atu kerna kelas aku abehkan awal. Sebabnya aku tau, ramai yang tak ada kelas ari tu, jadi secara tak langsung kena dende le!. Tak masuk kotak, kira tak antar, biarpun diletakkan ditepi kotak. Masuk bawah pintu, jadi lap kasut aku.....! (Jangan marah ha!).

Petang ni nak jumpa balik kelas ari Selasa, tai cuma sejam ajer. Tapi bila ati dah tak tenang, silap ari bulan, mau aku melenting lagi ari nie. Tapi aku akan cuba tetapkan iman, banyak beristighfar dan mengucap, supaya hati yang mendidih macam lahar gunung berapi ni sejuk kembali. Aku dah buntu apa nak aku ajar dalam kelas yang sontot ni. Apa idaknya, nunggu 'putera dan puteri' nya masuk dah dekat 10 minit, nak suruh abehkan cerita masing-masing, tunggu lagi 10 minit, dan bila tengah rancak ngajor, dah azan, bermakna, abih dah massa kelas. Jadi aku fikir, aku nak buat bodoh ajer dan nak tengok reaksi mereka lepas kena sembur semalam. (Kita tengok, siapa yang kena...!).

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi cubaan Mu yang kecil ini. Sesungguhnya dah naik serak suara aku membebel kepada 'anak-anak' aku nie, yang tak reti bahasa dan tak berapa reti adat nie. Amin Ya Robil 'Alamin.

Malang Pak kadok

Hari nie, macam hari-hari lain juga le. Dari rumah kepejabat dengan hati yang tenang dan gembira. Nak ngajar anak bangsa erti kepayahan mencari sesuatu harta yang tak ternilai, ILMU. Cukup masa yang ditetntukan, akupun menyusun langkah, (macam askar pencen bejalan da!) menuju kelas.

Aku masuk kelas macam biasa, awal 5 minit. Ada 3 orang pelajar tetonggok kat meja masing-masing. Aku sabar. 8.35, masuk lagi 4 orang, aku sabar lagi. Munkin deper tu mamai lagi, mungkin malam semalam overnight kat mana-mana. (Apa dibuat jangan tanya). Tunggu lagi lima minit, 7 orang lagi masuk, aku dah mula berasap telinga. Yang buat pressure aku naik tu, dia orang masuk, selamber dek jer, aku ni diibaratkan macam tunggul kayu tua yang tak laku nak dijual kat kilang papan. agi salam idak, senyum idak. Kalau bagi salam, macam tka ikhlas jer.

Aku masih boleh sabar. Bila dah ramai, riuh le jadinya. Aku biarkan sekejap, tengok peangai bebudak tak sedor diri nie. Makin rancak, siap sarapan (air mineral ke, jus ke, dengan roti, biskut. Nasib baik tak ada bawa nasi lemak, kalau tak, mau aku joint sekali). Aku bagi salam, tak bejawap, aku tinggikan suara, semua diam kejap. Suruh buka buku, dio orang buka, tapi bila aku mula becakap, bebudak nie mula cakap balik. Aku diam. Sekali 'PAP!!!' aku hentak meja, semua kecut, macam nak tekencing masing-masing.

Aku mulakan 'pelajaran' ari nie dengan mengingatkan deper apa yang dah aku katakan minggu sudah. Bebudak nie ada 5 semester (kat sini deper kata Part) lagi kat sini, aku, kok pangjang umur ada 15 semester lagi, jadi dengan menggunakan bahsa kampung aku, aku sembor le bebudak nie. Aku gunakan bahasa kampung aku jer.....

"You must remember, you got 5 more semesters to go, and I'll be here for at least another 15 semesters, God Willing. And I do hope that OUR PATH DO NOT CORSS IN ANY OF YOUR CLASSES, UNTIL THE DAY YOU GRAD, PACK YOUR THINGS AND OUT YOU GO". Kalau kat luar tu, nak tegor boleh, betanyer kabor pun boleh, bagi salam pun lagi aku suka dan kalau nak minta belanja, boleh.... boleh belah!

Aku pun membebel, bebudak sekarang tak reti besyukur. Deper dapat masuk sini pun guna kable overhead yang sebesor kabel TNB yang kat tepi highway tu. Nak harap keputusan cemerlang..., mimpi ler demer....... Aku kaborkan, ramai lagi calun yang lebih berkelayakan yang gagal masuk kerana peluang deper 'telah dirampas' oleh makhluk-makhluk yang tak bersyukur ni. Mak bapa meletakan harapan yang tinggi, tapi bebudak ini, bepeleseran yang lebih. Mak bawa antor balik ke asrama kul 10 malam hari ahad, kul 10 pagi Isnin udah ada dalam bas ke KL, nak nengok wayang dengan kekawan. Apa punyer anak macam nie?

Ponteng keleh tu dah jadi macam satu amalan wajib bai bebudak ni. Macam-macam alasan dibaginya. Ada bgi surat MC (aku rasa dibeli kat klinik jer, sakit nyer idak), kata ada sedara betunang ari Jumaat ler dan trend tekini 'Repeat' kelas merupakan satu trend kat sini, dan menjadi kebanggan. Tak tau ler apa yang nak dibanggakan, mungkin nak nunjukkan kebodohan sendiri dalam bentuk intelktual. Demer ni le yang akan bergraduat lebih awal dari rakam-rakan deper yang 'bodoh' kerana begraduat selapas 6 semester, sedangkan dia begraduat dalam 2 atau 3 semester ajer.... Kan bijak namanya tu.

Naik perit tekak aku membebel, aku kemas barang aku, terus aku keluar, menuju ke kantin untuk segelas ayor sejuk untuk hilangkan dahaga dan bahang yang membara didada. Aku tengok bebudak nie macam blur semacam, bila aku tiba-tiba keluar kelas. Aku raser kesei kerana anak melayu masih lai khayal dengan dunia fantasi masing-masing. Yang lelakinya pesen rambut macam balung ayam tak cukup sifat, yang pempuan nyer pulak asek nak tayang bentuk badan, tak dapat tinduk hidung, deper tindik lidah. Kan ke bangang name nyer? Tapi entah le, munking aku ni kolot sikit, maklumler nak masuk jenerasi warga emas. Nak gunakan blog ini pun minta tolong cucu buatkan.

Ini akibatknya manjkan sangat anak. Bila datang ketempat 'asing' dah menlupur macam cacing kepanasan. Hari-hari keluar masuk kampus, ada ke nak negor pakcik guard yang tepacak tengah panas tu? Ada ke nak bagi salam ke, senyum sikit ke, angguk hormat ke? HARAM tak retinya demer. yang bawa kete, lagi besor kepala. Nyombong tak tentu arah, macam kampus ini dia punyer sorang.

Bila aku tak terimer tugasan deper, deper merajuk le, kata aku ni tak betimbang raser le. Nak nyalahkan orang senang bebenor yop oi. Aku udah kaborkan awal-awal kelas dulu, tugasan sumuanya dihantor dalam kelas. Bila aku dah keluar kelas, minta maap ler, aku tak terima. Tujuan aku buat cam tu, bukan suka-suka, tapi nak mendisiplinkan bebudak ni, supaya hormat masa. Kalau bedating, boleh tepat masnya, nyaper ngantor tugasan lak nak lambat? Macam-macam alasan bebudak nie bagi, tapi bagi aku, itu semua alasan lapok. Aper ke idaknya, alasan dibagi, "Tugasan apa?', "Tak ada bagi tugasan minggu lepas", "Tak tau kene hantar hari ni", "Dah siap, tapi telupa nak bawa" dan paling sakit telinga aku dengor alasannya "Eh... belum print lagi le". Apa ke jadahnya deper buat malam-malam, kalau tak ada kelas. Aku bukannya suruh antor esok lusa, 7 hari 6 malam aku bagi tempoh, idak jugak siap. Roper apa bebudak ni? Ader jugak yang degil, masih ngantor ke pejabat aku, masukkan ikut bawah pintu. Udah aku kaborkan juga, tugasan macam tu, jadi alas kesat kasut aku yang dah belubang nie ajer le. Markah tetap sama, KOSONG, ZEOR, NIL, ELEK, BO LIAU!!!!! Siap sedia le yang tak antor, ada yang sampai 4 tugasan tak antar, nak lulus macam maner? Semester depan, daftar le satu matapelajaran 'REPEAT', baru sah pelajar IPTA!!!!!. Buat tugasan macam nak tak nak jer, aku cakap langkau dua baris, dia buatnya 1.5 baris, aku kata guna font size 12 atau dibantainya font size 10, ada jugak yang meniru, alasan, aku suruh buat kerja berkumpulan. Kalau 26 orang lain boleh paham ngaper 2 orang tak paham? Aku sendiri pun tak paham!!! Jadi macam maner aku nak bagi markah tinggi? Menggigil tangan aku nak bagi markah pada tugasan yang deper bagi. Inggerisnya memang hancus, tonggang langgang, ada masanya aku sendiri tak paham apa yang di tulehnya. Tapi dek ngenangkan anak bangsa, pejam mata, bagi jugak le markah, markah kesian. Tak aku nafikan ada juga yang besesungguh buat tugasan, ikut arahan dan serah tepat pada masa, jadi yang ini ler yang membuat aku masih siuman lagi semasa membaca tugasan lain.

Ini udah kali ke4 aku warning keleh ni. Lepeh nie, lantak demer ler. Aku buat tawaran istimewa, bebudak nie, aku izinkan sain pada borang kedatangan sampai minggu cuti belajor. Lepeh itu idak le payah datang ke kelas. Kalau datang tak reti nak hormat aku sebagai 'guru' hormatkan aku macam dia hormat bapak dia pun jadi ler. Tapi, HARAM!!!! Agaknya bebudak sekarang ni tak reti nak hormat kat orang tua, deper main langgor ajer.

Sampai petang, aku rasa pressure darah aku udah turun sikit, pasainya, ada kelas yang menghiburkan. Aku kena buat lawak sikit, ngajor sikit, celoteh sikit. Itu pun aku rasa bebudak keleh nie pun blur jugak gamaknya, sebab bila aku tanya "Any questions...?" semua sengap, macam Kuala Kedah lepeh kena tsunami.

Tapi aper yang penting, tanggungjawab aku, dah aku laksanerkan dengan ebaik mungkin. Tepulang le pada bebudak dikeleh pagi tu nak terima apa yang aku bebelkan atau idak. Lantak le, minggu depan jumpa lagi deper tu, minggu depan satu lagi jumla lagi, lepeh tu, jumpa last le, sebab lepeh tu, bebudak ni cuti belajor seminggu, idak boleh diusik kata Koordinator aku. Arahan pihak atasan, kena ikut.

Jadi lepeh tu, idak le aku kena telan ubat sakit kepala banyak bebenor.... Dan aku bedoa bior le bebudak nie sedor perangai deper yang macam setan tu, berubah sikit.

Well, maybe today they are cursing me like hell, hopefully, one day, may be after I'm gone, the will appriciate what I've said. Dan aku harapkan Allah maafkan aku, berikan aku dorongan dan kekuatan untuk menghadapi kerenah bebudak yang tak sesedor diri nie, supaya dapat dijadikan manusai yang beguna kepada kepluarga, agama bangsa dan negara..... AMIN!!!!.