Sunday, January 11, 2009

Menang Anugerah kat FFVPM ke 6

Malam 10hb Januari lalu berkerlipan bintang di Dewan Banquet UPM. Malam tu adalah malam kemuncak Festival Filem dan Video Pelajar ke 6. Ramai yang hadir, VVIP, VIP, selebriti, produser filem dan pelajar, termasuk ibubapa macam aku dan isteri aku. Malam tu telah menobatkan bakal-bakal peneraju dalam industri perfileman negara. Aku turut sama berbangga kerana penyertaan UiTM Melaka sampai ke peringkat ini.

Acara berlangsung dengan gemilang. Ada yang menari, ada yang pertik gitar, ada yang menyanyi dan ada yang bergesel bahu dengan beberapa orang selebriti seperti Tan Sri Datok Jins Shamsuddin, Datok Aziz Jaafar, Datuk Aziz Satar, Shaharudin Thamby, Verdeena Imran, Hans Issac dan adale beberapa yang baru nak menapak dibidang seni. Nak masuk Festival Filem Malaysia, rasanya tak mungkin, jadi dalam joint yang ni pun jadilah. Itu pun dah memeningkan kepala, kerana last minute dibagi tahu tema malam tu, Black & White. Kena le cari baju putih, seluar itam. Nasib baik saiz baju dan selaur akusama dengan anak lelaki aku yang terlibat sama dalam festival tu, jadi aku rembat je, pakai dia punyer...!

Malam tu menyaksikan keserlahan beberapa IPTA yang bertanding, terutama UTAR dan ASWARA. Tapi apa yang paling membanggakan aku, pelajar kita yang hanya diperingkat Diploma, mampu mengalahkan penyertaan mereka dari peringkat Ijazah.....! Jadi aku kira apa yang penting, bukanlah peralatan yang canggih, kerana peralatan yang sedia ada (walaupun dipinjam dari Shah Alam) boleh dimasukkan ke muzium, tapi kebolehan dan kreativiti pelajar kita kat Melaka ni, terserlah. Penyertaan yang banyak menerima anugerah adalah dari UiTM Melaka ialah Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Pelakun Wanita Terbaik, Anugerah Pelakun Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Khas Juri, Anugerah Video Penyelidikan Terbaik, Arahan Terbaik dan Anugerah Penataan Bunyi Terbaik. Punyer le banyak anugerah terbaik yang dicapai, namun malang sekali, aku tau mana silapnya, tak dapat Video Terbaik FFVPM!!!! Tak ada rezeki!. Yang penting, budak Diploma boleh kalahkan budak-budak peringkat degree.....! YES...!!! It all in the idea and concept and imagination!!!!!!

Dalam kegembiraan tu ada juga yang tunjuk gah. Bila ajak begambor, buat deek aje.....! Agaknya tak ada karpet merah dan juruiring jemput begambor. Bo layan lah mat oi...!

Yang pasti ni, sudah pasti Ahmad Idham dan David Teoh akan sering ke UiTM Melaka untuk mencari bintang baru.... Tak le tekejut sangat kalau ada bintang baru dari UiTM Melaka. Cuma harap mereka tak mudah lupo diri dan asal usul....

Anak akupn sama gembira, bila kumpulan dia menang Anugerah Sinamatografi Terbaik. Bebaloi kulit hitam kejap, hilang penat tolak kamera atas trek, betekak dan begaduh.

Ok ler... sampai sini dulu kisah FFVPM ke6 ni. Tahun ni tak tau lak kat mana dilangsungkan. Mungkin UiTM jadi tuanrumah kut...... Dan aku yakin, UiTM Melaka akan hantar penyertaan yang lebih hebat lagi......... Benchmarknya dah ada, cuma perlu sama par atau lebih baik lagi, supaya kita boleh bukak mata pihak-pihak tertentu..... Bebudak dari FKPM Melaka dah mula tunjuk 'belang'. Keberanian, kreativiti dan idea tak bergantung kepada peralatan yang digunakan, tetapi kepada orang yang menggunakannya.

Tapi aku paling seronok bila mendengar alunan suara Datok Ahmad Jais menyampaikan beberapa buah lagu yang sememangnya menjadi nostalgia pada aku, seperti Gelisah dan Di Ambang Sore!!. Puh... wa cakap lu.... tangkap leleh.... beb...! Walaupun tubuh dimamah usia, namun, suara masih ada CLASS!!!!. Macam mana dalam rekod dan kaset, macam tu lah suaranya bila dia menyanyi secara live. Gua tabik lu Datok!!!! Tan Sri Datok Jins Shamsudin masih segak macam dulu gak, walaupun dah rak ada rambut!!! (Janga marah Tan Sri...!) Datuk Aziz Satar, macam biasa le... dengan lawak spontannya yang menghiburkan. Selebriti lain, macam biasa jer...., tengok 'live' tak le sehebat mana seperti dalam lakonan. Nampak bebenor bezanya dengan artis baru nak menapak, teguncap-cungap macam ikan atas darat. Mungkin sebab tekinja-kinja, manakala yang veteran lak, hanya berdiri. Tak boleh nak salahkan dia, dah banyak sangat angka umurnya, kalau dibandingkan dengan yang baru tu, lagipun sesuai denganlagu yang didendangkan.

Kesimpulan yang aku dapat buat, IPTA lain tak boleh nak memperkecilkan kebolehan dan bakat yang ada pada pelajar-pelajar Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka!!!!!

Bye.....

p.s. Aku ingat nak cadangkan supaya jemput Datuk Ahmad Jais datang buat show di malam Pra Graduan pelajar Mass Comm nanti... Mungkin boleh gak jemput Hail Amir, sebab anak dia jugak akan graduate! Amacam? Ada setuju ka...? Kalau ada bagi respon......!!

Wednesday, January 7, 2009

Untuk Renungan Bersama

Semalam, 10 Muharram, telah berlalu tanpa kita sedari akan betapa besar menaffat yang ada. Kita asyik leka dengan hal keduniaan kita, mengejar fotamorgana, satu ilusi dan khayalan. Bak kata kawan aku, "itu semua dunia beb.....!"

Sebenornya aku pun baru diingatkan oleh isteri aku yang menghantar e-mail mengenai kelebihan 10 Muharram ni. Kita asyik sibuk melihat kalender Masihi dan kita abaikan kalender Hijrah. Yang kita gunakan kalender Hijrah ialah untuk permulaan Ramadhan dan permulaan Syawal, itu pun setelah mendengar pengumuman Penyimpan Mohor Raja-Raja. Selepas tu, entah kemana kita letakkan kalender Hijrah tu.

Rupa-rupanya setiap bulan dalam kalender Hijrah ni, banyak fadilat dan menfaatnya, kalau kita rajin melihatnya, sebagai mana kita sibuk melihat tarikh pada kalender Masihi, terutama pada tarikh 24 atau 25 setiap bulan - GAJI da.....!!!

Kita alpa akan kebenaran Allah yang Maha Pengasihani dan Maha Pengampun. Di setiap bulan Hijrah tu ada hari-hari yang boleh kita tambahkan amal ibadat kita, memohon kemaafan Nya dan banyak lagi. Tapi, kita lupa semua itu dek kesibukan mengejar keduniaan, bak kata kawan aku sorang lagi, "itu semua dunia beb..."

Jadi, marilah kita renung-renungkan bersama e-mail yang dihantarkan oleh isteri aku ni, mudah-mudahan dapat memberi hidayah pada semua yang membaca blog aku ni.......

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram , bersamaan Rabu, 07 JAN 2009)

1. Melapangkan masa/belanja anak, suami & isteri:
Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin:
Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah:
Di akhirat nanti Allah akan me mas ukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat:
Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim:
Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah:
Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti- henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin
di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri:
Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat:
Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana
Allah Taala'
9. Bercelak:
Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali:
Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat:
Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru':
Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa:
Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat -
'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala' fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka, Insya'allah..

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Renung-renungkan, dan selamat beramal!!!

Jumpa lagi....!

Sunday, January 4, 2009

Kembali Da......

Assalalmualikum dan salam sejahtera......

Lama tak bersua laman web ni. Bukan aper... telupa username dan password. Jenuh gak aku cuba, akhirnya baru bersua... Itu yang dinakan usaha tangga kejayaan. jangan cepat sangat mengalah, kerana bak kata Vinve (AF1), 'tak ada pengalah".....

Musim baru, pelajar baru, masalah baru. Yang lama, hanyalah aku.... menigkat lagi setahun umur aku, semakin hampir ke alam barzakh, semakin kurang tempoh untuk aku berada didunia ini. Namun, seperti yang diwasiatkan oleh nabi kita, sebagai seorang Islam, sunat untuk mengingati mati, malah ada hadis baginda yang mengingatkan umatnya supaya bekerja seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, dan beramal seolah-olah, kita akan mati esok. Tapi kena ler seimbangkan.... jangan pulak asyik nak ingatkan mati, hal-hal dunia kita lupakan. Lupa nak mencari rezeki, lupa kepada keluarga dn lupa segala-galanya dan hanya berserah kepada Allah. Kita juga kena mencari rezeki, untuk diri sendiri, keluarga dan ummah. Kalau ada yang macam tu, itu namanya kurang ajar pada diri sendiri, keluarga an ummah!!! Kalau yang dah ada anak isteri, ditinggalkan tanpa rezeki yang cukup kat rumah, tak merempat bebudak tu....! Bapak sibuk dengan 'hal akhirat' ahak isteri, merena!!! Macam aku tulis dulu ler.... rezeki yang diberi oleh Allah, jangan kemut sorang-sorang, ada hak orang lain dalamnya. itu ler sebabnya kita diwajib bayar zakat. Kalau tak mampu nak bayat zakat pendapatan, tapi kita mampu bayar incometax, sebab dipaksa, kalau idak, pencen nanti, masalah besor!!! . Tapi zakat fitrah, jangan abaikan..... tergantung amalan puasa kita......!!!

Macam aku tulis diawal-awal tadi, tahun baru ini membawa cabaran yag lebih hebat untuk aku. Dahlah dikatakan cuai dalam kerja...., dikatakan tidak fokus dalam kerja dan macam-macam lagi yang aku dengar dibawa angin yang lalu, tapi aku buat dek ajer.... sebab, aku percaya aku dah buat segala usaha untuk membaiki diri aku, tap sebagai manusia, aku juga ada kelemahanku sendiri, yang kadangkalanya tidak ku sedari. Alhamdulliah, semester sudah tak banyak cengkadak yang aku hadapi, cuma diakhir-akhir semester jer baru timbul macam-macam cerita. Paduli aper... masuk teinga kiri, keluar telinga kanan, tapi mana yang aku anggap sebagai nasihat dan teguran membina, aku simpan dalam peti otak aku, untuk dijadikan panduan dan ingatan.

Dal lah..., maleh nak ceriter pasai semester sudah. Kita bukak cerita baru. Semester kali ini aku kita pasti lebih mencabar...., sebab unsangkarable, aku ngajar kelas yang sama. Tapi yang sedihnya, deper ramai-ramai pakat untuk kensel kelas, kelas pertama lak tu.....!! Nasib baik ada ler sorang student yang terpacul dalam keleh, itu pun pasai tak ada program kut. Kalau idak, aku bilang kerusi, entah berapa kali leuntuk cukupkan masa! Apa taknye.... cuti panjang. Khamis cuti tahun baru, Jumaat.... ponteng ramai-ramai, Sabtu dan Ahad lepak kat rumah, pada Isnin baru sampai kampus. Ini aku kira, deper tengah congak-congak, berapa lama lagi Tahun Baru Cina.

Kelas baru nak mula. Semester ni, aku banyak relaks, sebelah pagi, sebab kelas aku semuanya petang. Tak macam semester sudah, ada hari yang aku betul-betul 'free' tak ada keleh. Aku dah 'diingatkan' supaya tak mengubah waktu kuliah dan juga bilik kuliah, dengan alasan, bila orang ISO datang, senang. Aku tak kisah.... janji ada kelas, tapi kalau tak ada pun, aku dah ada backup aku sendiri....... Tapi yang paling aku ingatkan ialah 'awak masih dlam probation, jangan buat keputusan sendiri!' Aku tau silap aku, tapi kekadang tu, keadaan memaksa aku membuat keputusan sendiri.....! SEndiri buat keputusan, sendiri tanggung.........

Semester ni juga beberapa student yang pernah lepak dengan aku kat kedai mamak dah ghaib, dah graduate la tu...... (mudah-mudahan). Yang masih ada, dah tak berapa nak kenal aku lagi, maklumlah dah 'senior'. Nampak pun pandang-pandang aje. Entah-entah, deper yang kantoi kelas aku semester sudah tak....? Aku tak ingat siapa yang lulus, siapa yang gagal, sebab aku memang tak nak ingat nama dan rupa. Mudah-mudahan itu dijadikan satu pengajaran dan kesedaran bahwa hidup ini penuh cabaran, dan jika kita ambik lewe jer.... tak bebaloi mak ayah antor belajor dan aku harap jangan sampai ada mak bapak yang talipon Pengarah Kampus lagi. Aku juga rasa dihargai, bila ada yang lulus, SMS dan call aku, ucapkan terima kasih. Sebenarnya, itu kerja Allah, macam aku capak tadi, kita usaha, Allah nentukan. Kalau berusaha bersungguh-sungguh, insyaallah, akan berjaya, tapi kalau takat main-main, kantoi ler yop oi....! Macam ada beberapa studen aku, main-main dalam kelas, aleh-aleh, kena ambik balik kelas yang sama semester ni, la... repeat la tu!!!.

Semester lalu juga mengajar supaya lebih berhati-hati bila berurusan dengan pelajar. Tak tau ler, maner silapnya aku ke, sape ke, alih-alih aku yang dikatakkan cuai, tak fokus, kena sedar diri le, kena bezakan masa untuk keluarga dan ngajor.....!!!! Aku rasa dah aku buat semua tu, tapi... tak tau ler.... Mungkin ini cabaran untuk aku, supaya aku berusaha lebih lagi untuk menjadi pengajor yang lebih baik. Kita tahu apa yang kita tinggalkan pada masa lalu., tapi tak tahu apa yang menanti dimasa depan kita,betui tak?

Daripada aku fikirkan perkara yang lepeh-lepeh tu, baik aku FOKUS kepada percutian aku ngan anak bini aku. Mereka datang ke Melaka cuti sekolah lalu, rabak kat RM 700 bawak deper bejalan dan makan. Dah nama pun becuti, orang rumah aku pun 'cuti' le gak memasak!!! Tapi aku puas hati, kerana rezeki aku tu untuk deper gak. Lepeh ni, ditakdirkan aku makan mi segera, aku redha, janji kenyang dan tak sakit, melainkan sakit hati jer melihat kerenah beberapa orang student yang tak tau nak beza antara Asar dengan Maghrib dan juga Isyak, tetebeng (lepak le....) kat luar. Ada lak mamat kutu grahak mana lak singgah, ceriter sampai tengah malam, selamber dek ajr dengan seluar katoknya, besila ateh kbelakang kerete tah sapa. (Nasib baik ateh kerete, kalau dibuatnya ateh si Mamat tu...., lagi haru.... mau kecoh satu kampus kut). Aku balik keje, tengah lepak, aku balik makan malam, ada lagi, aku balik 'supper' tak abeh lagi beceriter...., aku udah nak membuta, deper tu tak abeh-abeh ceriter... makin malam, makin rancak..... cuma yang ni, tak le tebahak-bahak nor gelaknya...!

Yang paling sedih aku dengor, ada pensyarah yang ceritab kat aku, ada antara pelajar ni yang dah berstatus janda tak rasmi.... dan dia bangga lak dengan title tu.... Orang zaman moden le katakan! Soal ada dara atau teruna tu, hal kedua, janji ada 'pengalaman...! Tapi kira rugi besor le.. sebab dapat 'buah dah ditebuk tupai'. Mengurut dada aku dengor, sebab aku pun ada anak pompuan, 2 lak tu. Minta dijauhkan ler perangai macam tu kat anak-anak aku tu, tak kira ler... lelaki ke pompuan ke. Yang mampu aku buat, doakan ajer le agar dia sedor, dan balik ke permulaan perjalanan, tobat le.....! Dengor cerite, budaknya manis, betudung, tapi rabek....... Agaknya betudug zaman ni hanya fesyen, dan bukannya menikut perintah Allah. Ia le... zaman sekarang, pakai baju tak cukup kain menjadi pilihan, mentang-mentang mat Salleh pakai, Minah belacan pun ikut sama.... macam burung kakak tua..... Jaitak tekejut kalau 20 -30 tahun akan datang kita tengok minah-minah di Malaysia ni, bejalan-jalan pakai cawat jer....... ikut fesyen katanya!!!!!!

Udah le tu... smpai sini dulu yer. kalau ada terasa, terasa tempelak tu, aku minta maap awal-awal le.... Jumpa lagi.