Monday, May 5, 2008

Kampus Sepi

Tengah bulan Mei ni, kampus ni akan kembali sepi. Tiada lagi riuh rendah dan hilai ketawa (macam pontianak kekadang tu) para pelajar, tak ada lagi ketukan dipintu oleh pelajar yang nak jumpa aku, nak hantar tugasan (dah lamba antar, tak yah nak antor ler...) atau betanyakan pasal carry mark mereka. Carry mark bagi kelas aku semuanya dah aku pamerkan sebelum peperiksaan akhir, supaya mereka dapat agak berapa markah yang perlu dicari untuk dapat A dalam subjek masing-masing. Dah aku war-warkan dalam kelas, tapi ramai yang buat deeek jer, hingga la aku menanggalkan paparan dari cermin dinding aku, sebab tak tahan tekejut bila bebudak ni ketuk tiang bila tengok carry mark yang kurang memberangsangkan, selain daripada memekak seronok bila tengok markah yang memberahikan. Seminggu lepas tu, ramai lak yang datang nak tengok carry mark. Aku cakap, 'SORRY, you're late......!' Ada yang masam mukanya bila keluar bilik aku, dan tak kurang yang buat mula selebet je. Lantak le... Nak salahkan siapa?

Baru aku tahu ngaper pensyarah aku dulu mukanya masam dan nampak tensyen jer selepas exam. Mana tidaknya, skrip jawapan yang diterima bertalu-talu, hampir 30 keping bagi tiap bundle yang diterimanya, dan masa yang diberikan untuk periksa dan bagi markahnya pulak bukan main singkat.

Aku benasib baik kerana kelas yang aku ajar tak ada final exam, cuma dua aje, itu pun part 4, 2 kelas, dekat 60 orang pelajar. Itu pun aku rasa macam nak muntah baca jawapan yang dituis. Patutla pensyarah semua kena pakai cermin mata tebal, sebab tulisan bebudak ni....., masyaallah... seksa nak baca. Bila aku tanyakan otai-otai lama kat sini, deper kata cuma cari point, ada point, ada markah, tak ada, point melayang, markah kesian, tengok kalau rajin datang kelas. Maka menggunakan nasihat sebegitu, aku pun bukalah bundle yang pertama dan terus mecari point yang relevant dengan soalah yang diberikan. Nasib baik ada objektif dan true false. Laju juga le aku menandanya. Itu pun ada yang dapat 2/20! Tak ke sakit hati dibuatnya! Tak tau ler, sama ada yang menjawab tu tak faham soalan, atau aku yang tak mengajar dengan baik. Nak katakan aku tak ngajor, ada yang dapat 18/20, rata-rata dapat 10/20. Itu baru objektif dan true false, belum essay.........

Aku relaks le sikit sebab dapat hantar keputusan akhir ke pejabat pada masa yang ditetapkan.Kalau idak, dapat surat cinta dari Pengarah...... Kes haru ni!. Itu belum lagi ngomelan Koordinator dan Resource Person....! Tapi, dalam berhati-hati tu, ada juga silap yang aku buat. Maklum ajer le, pertama kali isi borang keputusan........(tak le besor sangat, cuma silap buat kolum telebih jer...)

Bila aku nak antar markah akhir ke pejabat, tup-tup meletup pulak satu kes baru. Budak ni kantoi, tapi dek sebabkan BAPAK dia SOMEBODY, terpaksa aku tangguhkan penghantaran markah akhir. Aku pula ngelabah le.... Ingatkan aku silap, rupanya ada 'sikit politik'. Keputusan kelas lain aku antar juga, tapi yang satu ni aku di'arah' tahan kejap. Dengor ceriter, BAPAK budak ni nak datang jumpa kordinator, dan dah tentu aku sekali. Jenuh jugak aku mikirkan, siapa orangnya, apa gelarannya, nak kena ikut protokol ke bila becakap, atau lebih baik membisu seribu bahasa dan ikut ajer arahan pihak 'atasan'? Apa tidaknye, keputusan budak ni samapi ke pengetahuan peringkat pentadbiran tertinggi kampus!!!! POWER TU....!

Apa yang aku tahu, budak ni dah lah ponteng kelas selalu sangat, tugasan tak siap-siap, kejap antar, kejap idak. Final tak buat, 20% terbang. Diari tak antar, lagi 20% melayang. Mula-mula aku agak, dah tinggi le markah yang dia dapat, rupanya, hancus!!!!!! Bukan dia jer, ramai lagi. Ada lak yang cakap kat aku, 'I won't be sending in my last assignment, so you don't bother looking for it, so please be have mercy'!!! Aku senyum ajer, balam hati, O.K. aku pun tak bother nak bagi markah. Adil tak...? Tugasan tak nak hantar, tapi nak minta markah free.... Boleh.... boleh belah........! Aku ada pesan 2 kali pada member sekelas supaya datang berjumpa aku, HARAM..... bayang dia pun tak nampak kat pintu. Kordinator telepon dia, tak dijawabnya. Terbaru, BAPAK dia sendiri talipon pun dia tak jawab. Ada aku teserempak dia kat kedai mamak, tapi dia buat tak reti, aku pun buat tak kenal le....... Dah luar kampus, dah diluar bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab aku.

Tekenang balik pasal bapak budak yang nak datang ni, tak tau le aku, sama ada ini kasih seorang bapa kepada anak atau nak menjaga status dan maruah. Maklum le, bapa dia tu 'somebody' dengarnya pangkat tinggi dalam sebuah organisasi. Aku jadi biul kejap. Anak yang buat hal, bapak pulak yang susah payah jumpa kordinator. Tak tau ler apa yang dia hendak. Nak suruh luluskan anaknya tu... Aku rasa tak adil yang yang lain, terutama yang kantoi. Sebab subjek ni, kalau kantoi, itu nunjukkan tak ada komitmen diri. Macam-macam alasan yang diberikan bila tak hantar tugasan atau datang ke kelas, antara yang palin menarik....., 'Tak boleh bangun pagi', 'Saya kalau menulis, kena tiga empat kali' dan yang paling merasapkan telinga aku... 'Saya tak minat subjek ni'. Nak aku lempang ajer mulut kurang ajar ni, tapi apa kan daya, deper tu anak orang, anak yang tak sedar dek untung, lupa daratan dan lupa peluang yang Allah bagi.

Tefikir gak aku. Kalau betul bapaknya datang jumpa kordinator nak minta luluskan anaknya tu, aku rasa tak patut. Ini menjatuhkan maruah dia sebagai seorang bapa, apatah lagi sebagai seorang yang berkedudukan. Sepatutnya anak dia yang datang jumpa kordinator, kalau dia rasa aku ni sebagai pensyarah dia tak layak nak jumpa dia, jelaskan perkara sebenar dan merayu diberi peluang sekali lagi dan berjanji tak akan mengulanginya. Tapi aku rasa, mustahil perkara ini akan berlaku. Sebab, bila terserempak dengan aku, dia buat bodoh jer, macam tak ada salah. Sebabkan nak tau kedudukan sebenar, wakil kelas dia pun turut terbabit dalam kes ni. Aku siap warning wakil kelas, kalau budak ni tak datang jumpa kordinator, dia aku salahkan kerana tak sampaikan arahan aku pada budak tu, dan aku ugut nak potong markah dia....! (acah jer...., tak adil kan?). Gelabah gak bunyi suara wakil kelas tu bila aku cakap macam tu!!!!

Aku pun ada anak, tapi tak lak pulak aku ngelabah setiap kali anak aku buat hal disekolah atau universiti. Sendiri cari masalah, sendiri selesaikan masalah. Jangan bawa balik masalah dan longgokkan atas kepala aku dan bini aku. Penampor Jepun naik kemuka, tak kira le dah besor panjang ke, dah akhil baligh ke atau ditahun akhir universiti ke.

Bebuih mulut aku nasihatkan bebudak dalam kelas-kelas aku, sedar diri tu, dapat belajr kat sini atas tangisan orang lain. Nsaihat ni sering aku tujukan kepada mereka yang masuk Second Intake. Sedar sikit, Second Intake tu, maknanya TAK LAYAK untuk diterima oleh IPTA lain, sebab tu dibagi peluang ditempat aku ni. Bila dah masuk, besar kepala pulak, macam pandai sangat, dah begelar budak IPTA! Podah..... Kalau betul-betul LAYAK, FIRST INTAKE dah dapat tawaran! Memang beza antara kedua-dua intake ni. First intak nampak besubgguh dan beminat bebandingkan second intake yang juga beminat...., beminat untuk monteng dan melaram, selain tak antar tugasan.

Kesimpulanya, budak-budak sekarang ni, terutama yang sebangsa dan seagama dengan ku mudah lupa diri, mudah lupa adat resam dan mudah lupa agama. Kelakuan, YA RABBI, ada sesetengahnya macam laki bini, bekepit sana sini, samapai semut nak lalu pun tak lepas. Kesian juga aku tengok sesetengah awek tu, muda-muda lagi dah 'buta' terutama bila melintas jalan, paut habis pada lengan balak, macam tak pernah lintas jalan sorang-sorang atau nak nunjuk dia ada balak. Kalau sekufu tu, tak per juga, ini, awek punyer ler cun....... meleleh air lior, tengok balak, SAKIT MATA nengok, serabai. Dah lah pakaian macam pakaian pinjam benggali mabuk jer, rambut macam balung ayam..... Entah ler apa nak jadi bebudak sekarang ni. Aku tengok, bangsa lain tak pulak tegila-gila macam bebudak yang sebangsa dengan aku, pakaian kemas, rambut, ada le juga yang serabai, tapi kena dengan fesyen dan tempatnya, bukan macam bebudak ni, tak kira tempat atau majlis, sama jer.

Tapi yang pasti kampus ni akan kembali hingar bingar pada hujung Julai nanti, apabila bermulanya semester baru, dan bermula lak igauan mencari kelas, pelajar yang sesat kelas, jadual waktu yang padat dan tekak yang sakit. Apa yang pasti, puasa tahun ni, dah tentu kurang pahalanya, sebab asyik marah budak jer...... Aku kena buat perancangan rapi, agar bila Ramadhan menjelma, aku tak perlu banyak becakap, tapi banyak mengadap komputer jer....... (Buat editing lagi bagus dalam bulan Ramadhan......, tapi jangan silap edit visual lain udah...), Insyaallah..... Amin.....