Sunday, August 9, 2009

Antara Ikhlas dan Kepuraan

Lama tak singgah kat sini, rindulak rasanyer..... Bukan aper, udah 'otai' ni, banyak perkara yang telupa, telepas pandang, bukan tak ingat, cuma tak tekenang ajer......

Macam biasa, Julai, budak baru masuk, semuanyer muka baik-baik ajer.... Macam-macam perangai yang aku jumpa. Ada yang buat bodaoh jer, ngikut jer aper yang diarahkan, ada lak yang blur..... ada yang mak yang mendaftar, anak sedap-sedap duduk bawah khemah, adalak tu, bapak 'tahan' tiang khemah pendaftaran, tengok anak daftar, lepeh tu, minta pindaj kolej sini, kolej sana, sebab nak dekat dengan kawan. Anak tak seberaper, bapak lak yang lebih-lebih.

Lepeh seminggu, masuklah yang dah 'senior'. Tak kira lee part beraper.... Pun macam tu gak, macam-macam perangai yang melintas depan mata aku. Ada yang tegor aku, ada yang kejor aku, nak besalam dan betanya kabor, dan macam biasa, ada yang menonong ajer..... Aku, macam biasa, BUAT BODOH........ Kalau dah takreti hormat orang tua macam aku ni, bukan silap akuler... silap mak bapak deper, tak cukup ngajor anak adap dan sopan......

Bebalik pada tajuk aku ni, ada beberaper orang nag tak puas hati dengan markah yang deper dapat. Ingat boleh score, tapi, tangkap leleh..... tak dapat apa yang dihajatkan. Masa dalam kelas dulu bukan main mesra, jumpa aku tiga batu jauhnya dan tepekik, tekejor, sengeh sampai ketelinga. Tapi kini, macam tetelan belacan hangit. Buat dekkk ajer.... Macam biasa, aku BUAT BODOH. Tak ada tepekik telolong, jauh sekali nak bersalam dan bertanya kabor.... Orang macam ni, aku tak nak layang sangat, sebab dah terang lagi besuluh, diterangkan lagi dengan cahaya lampu jalan, ikhlas ada makna. Dapat apa yang dihajat, senyumler depr tu, tak dapat, macam berok telan belacan hangit. Selisih, buat bodoh... Tapi pada aku,. itu satu pengajaran, kan aku juga sedang belajar sambil mengajar.

Tapi ada gak yang datang jumpa aku, tanya kabor dan sebagainya. Ada yangdatang mintak nasihat dan sebagainya pasai masalah dalam kelas mereka. mana yang boleh aku bantu, aku bantu ler, apasi aku ni dilantik secara tak rasmi sebagai 'PENASIHAT AKEDAMIK' PELAJAR PART 1. Dah dekat nak abeh semester ni, masih belum yang datang ngadu hal kat aku. Pada aku, mana yang boleh dibantu, aku bantu, kecuali masalah duit... MINTAK SORI BEBANYAK.

Aku tau ada kekecewaan antara deper tu, kerana aku tak bagi markah yang diharapkan. Aku pun ada sebab aku. Elok macam maner pun tugasan, tapi kalau tak penuhi kriteria, tak gak dapat markah tinggi. Ada sorang dua yang patut repeat, aku lepaskan, bak kata Pengarah... yang GALUS ni, kena timbang masak-masak, tak kira pakai kilo, kati atau paun, kalau nak luluskan, bagi markah yang sesuai, dan kalau gagal, bagi merkah serendahnya.

Kesimpulan pelajaran aku semester ni, kalau ada yang buat baik, muka maneh ajer dalam kelas, rajin besembang kat kedai mamak, tak usah le menaruh harapan tinggi untuk markah tinggi. Dah ada beberapa 'contoh', jadi aku beringat le. Yang jadi bahan ujikajinyer, bebudak semesterni dan seterusnyer..... Pada deper, (yang senior) aku ucapkan terima kasih kerana memberikan aku pelajaran baru, dan pada yang JUNIOR tu, NASIB KAMU LER......

Udah le tu, pankang lebor lak. Kalau ada bebudak MassComm part 1 yang tesesat baca ni, kalau ada masalah, boleh datang jumpa. Buat temu janji, sebutkan/tulis:
1. Nama
2. Kumpulan
3. Tarikh
4. Masa nak datang. 5 minit lepas masa yang dijanjikan, buat temujanji lain.

Ingat yer... BUAT BAIK BEPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI.
REZEKI JANGAN DITOLAK, MUSIH JANGAN DICARI. Cuma rezeki yang datang tu, kena ler tolak, tolak kedalam tekak.........