Tuesday, March 25, 2008

Sejarah Berulang Kembali

Hri ni, Rabu, 26/3 rasanya macam semalam. Rasa gembira petang semalam yang cuba aku kekalkan hingga petang nie, sekali lagi bederai. Semalam aku gembira sebab gaji, boleh bayar utang kereta, bil api dan air dan belanja barang rumah sikit, bil ASTRO (dah 3 bulan tak bayor) dan belanja kekawan minum. Ada lak kawan satu kuliah di UPM dulu singgah dan bermalam, lagi ler aku rasa seronok, kerana ada kawan besembang. Pagi ni aku keluar rumah awal sikit, sebab nak kejarkan nasi lemak makcik disebelah kedai kakak donut tembam (Bukan lucah ha, memang, donut yang dijual tu 'tembam' 60sen sebiji you!!!!! Kena sebiji, nak cukup, tak payah makan malam, kena pula dengan nescafe ais... huhhh......!)

Lepas sarapan, aku ke bilik aku, cari-cari bahan kat internet jap. Sesedor dah 8.25 pagi. Aku pun dengan ceria melangkah ke kelas, (agak jauh,mengah juga le), kelas yang berada diujung kampus. Tapi memikirkan tanggungjawab dan juga untuk mendapat sikit senaman, aku susun langkah ke bilik kuliah berkenaan sambil menyanyi (sumbang da...! Apa paduli, janji aku senang).

Macam semalam, dalam kelas ada 4 pelajar yang menunggu. Macam semalam juga aku menunggu. 8.35 pagi, masuk lagi 6 orang, diikuti beberapa pelajar lain. 8.45 pagi macam ombak tsunami ramainya pelajar yang masuk. Riuh kejap kelas tu, Aku gembira. Agak-agak dah selesa, aku pun mulakan kelas. Mula-mula buat lawak jap dengan 'calun-calun menantu', ialah nak ceriakan kelas yang aku tengok macam dilanggar geruda...., monyok semuanya. (Tak tau ler kalau monyok sebab tugasan tak siap lagi ke atau angin senggugut dah sampai...)

Macam biasa, aku tanyakan tentang tugasan yang telah aku berikan. Rata-rata kata dah cukup 8, tak temasuk journal, ada satu bahagian lagi kena antar. Kena hantar masa dalam cuti belajar nanti, supaya tak ganggu minggu peperiskaan yang dijangkakan pada 21/4 ini, tarikh yang bakal mnentukan sama ada mereka perlu 'repeat' kelas atau tidak.

Setelah puas hati dengan bilangan tugasan yang telah aku berikan, aku meminta tugasan terakhir mereka. Macam biasa, lembab, masing-masing menunggu kawan lain untuk antar tugasan. Ada pulak tu yang masih nak tengok-tengok tugasan (tak aku tahu apa yang dibeleknya), ada yang tekial-kial cari 'stapler' dan macam biasa, berebut nak letak tugasan sendiri dibawah tugasan member lain. Kena sergah, baru ler belumba-lumba menghantar tugasan kemeja aku.

Macam biasa, aku belek-belek tugasan yang ada, satu per satu. Aku mula naik angin. Masih ada yang buat 'cut and paste'. Tambah aku geram lagi, 'shading' tak dibuang!. Kalau dibuang pun, bahasa yang digunakan terlalu teratur, beza dengan 'intro' dan 'conclusion'. Aku suruh bebudak ni buat konklusi tentang artikel yang diambil dari website, dan tampalkan URLnya sebagai rujukan, bukan suruh buat tugasan 'cut n paste'.

Apa yang aku dapat...? Kebanyakkannya 'cut n paste'. Ingat bebudak nie, aku nie rabun sangat ke hingga tak dapat bezakan mana bahasa yang bebudak nie gunakan dengan bahasa 'cut n paste' tu? Sorry ler.....! Sebab aku sendiri pernah melaluinya, namun, dikitar semula maklumat yang ada dengan gaya bahasa sendiri. Biar tonggang langgang nahu bahasa, janji aku boleh tangkap maksud, ada le markah yang aku bagi. Tapi kalau cut n paste, dan nak markah tinggi, boleh kirim salam ajer ler jawabnyer. Agaknya bebudak nie maskin dekat dengan minggu pepepriksaan, makin malas nak buat tugasan besesungguh.

Apa yang menghampakan aku, masih ada yang kata aku tak minta, tapi banyak yang buat muka monyok, macam kera teran taik keras!!! Ada pulak tu yang antar, tak tau hujung pangkal cerita, 'intro' tak ada, 'content'nya entah kemana, 'conclusion'nya ghaib, tau-tau dah 'cover' belakang ajer. Aku dah bagi tau, aku nak bebudak nie cari artikel dan satu teori pasal keganasan media kat internet, baca, faham dan buat analisi atau ditulis semula dengan gaya dan kefahaman sendiri, disertakan dengan rujukan.

Apa lagi, sejarah semalam berulang kembali. Aku membebel dalam kelas macam mana aku membebel di kelas aku pada hari Selasa. Aku tanya tujuan bebudak nie datang belajar kat sini. Datang nak belajar, main-main atau menghabiskan duit kerajaan? Aku cakap bebudak ini ada kat sini sebab dah rezeki mereka dan juga atas tangisan calun-calun yang gagal mendapat tempat. Kalau nak belajar, belajar sungguh-sungguh. Kalau lain pada it, berambus dari IPTA ni lagi baik. Lagi ramai calun yang berkualiti boleh ganti. Muka masing-masing aku tengok monyok macam tikus mondok yang melekat kat gam tikus. Ada yang tak reti adat, masih boleh bergurau sende sesama mereka. Nak aku halau ajer keluar, tapi, buat abeh ayor lior aku jer.

Tugasan yang tak cukup sifat tu aku bagi balik, dan aku bagi tau, antar semula kepejabat aku pada ari Jumaat, lepas Sembahyang Jumaat, sebelum kul 5 petang. Aku terus keluar dan belum sempat aku keluar bilik kuliah, dah riuh rendah suara bebudak ni. Tak tau ler sama ada bising pasal tugasan atau bising kerana bejaya naikkan 'blood pressure' aku, atu kerna kelas aku abehkan awal. Sebabnya aku tau, ramai yang tak ada kelas ari tu, jadi secara tak langsung kena dende le!. Tak masuk kotak, kira tak antar, biarpun diletakkan ditepi kotak. Masuk bawah pintu, jadi lap kasut aku.....! (Jangan marah ha!).

Petang ni nak jumpa balik kelas ari Selasa, tai cuma sejam ajer. Tapi bila ati dah tak tenang, silap ari bulan, mau aku melenting lagi ari nie. Tapi aku akan cuba tetapkan iman, banyak beristighfar dan mengucap, supaya hati yang mendidih macam lahar gunung berapi ni sejuk kembali. Aku dah buntu apa nak aku ajar dalam kelas yang sontot ni. Apa idaknya, nunggu 'putera dan puteri' nya masuk dah dekat 10 minit, nak suruh abehkan cerita masing-masing, tunggu lagi 10 minit, dan bila tengah rancak ngajor, dah azan, bermakna, abih dah massa kelas. Jadi aku fikir, aku nak buat bodoh ajer dan nak tengok reaksi mereka lepas kena sembur semalam. (Kita tengok, siapa yang kena...!).

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi cubaan Mu yang kecil ini. Sesungguhnya dah naik serak suara aku membebel kepada 'anak-anak' aku nie, yang tak reti bahasa dan tak berapa reti adat nie. Amin Ya Robil 'Alamin.

3 comments:

Ferdows said...

perkara yg berlaku pagi tadi di kelas. maafkan kami. sbenarnya, kami keliru kerna asalnya sir mintak asgmnts 3 pages only. thats why ramai yang tak buat references. i am one of them. tak pe, jumaat hantar balik. so, we still can get our marks. bt then, there was no presentation just now? penat berbaju formal ke kelas. huhu

Ferdows said...

sir, sign up utk blog yg mane?
kan da sign up ni?

Ferdows said...

last one. pasal etika menulis. saya harap, sir tak baca karya saya secara terus. saya cuba berlapik, tidak terlalu straight menyampaikan mesej. kira, think outside of the box la ni.:). for example, karya-hari ini, hari pondan sedunia. mesej nye mudah. kaum melayu yg suka cemburu pada bangsa sendiri yg berjaya. sir, mana ada saya harapkan extra mark! hehe. eh. harap2 jgn kantoi la. saya da usaha habis baik utk tidak repeat ur subject. tawakal je sekarang