Friday, March 28, 2008

Jejak Langkah

Hari yang dianggap sebagai ibu kepada semua hari, menjengok kembali. Hari nie, hari Jumaat. Aku macam semalam juga, sihat tubuh badan, selera makan makin bertambah. Aku besyukur rezeki yang diberi Allah hari nie.

Tak banyak yang menarik sebelah pagi, cuma aku tekejar kepejabat pos, ngantarkan permohonan anak. Anak zaman sekarang..... tau nak senang jer. Selisih kereta bos kat bandar pun pun aku tak sedar. Deper yang nak minta belajar sana-sini, mak ayah yang jadi pening, menguruskan semuanya. Aku dah lali dengan perkara ie, kerana nie, anak aku yang ketiga, baru lepas SPM. Alhamdulliah, keputusan yang di perolehi memberangsangkan, dan peluang meneruskan cita-citanya nampaklah cerah sikit.

Tapi, disebalik keseronokan dan kegembiraan, aku termenung kembali. Untuk apa semua kegembiraan yang aku sekeluarga nikmati? Aku dapat kerja baru yang lebih baik, anak-anak aku bejaya dalam pelajaran, namun untuk apa...? Aku sempat berkongsi 'kejayaan' aku dan anak-anak dengan ibu ku hanya sebentar, kerana Allah lebih menyayangi ibu ku. Rasa kosong hidupku ini, ialah setelah berhempas pulas belajar, tegang urat tekak memarahi anak-anak supaya belajar bersesungguh, namun kejayaan yang dinikmati sekarang seolah tidak bermakna. Sumber inspirasi, 'kawan aku begaduh' dan tempat aku bermanja telah pergi jauh, tak akan kembali, menyahut panggilah Illahi dan hanya dapat aku buat ialah mendoakan agar kedua-dua ibubapa ku dtempatkan bersama para Ambia', dilapangkan urusan dialam barzah, dan dijauhi azab kubur.

Petang ni, aku kena 'kensel' kelas kerana mesyarat dengan bos. Macam-macam perkara dibangkitkan. Aku besama seorang lagi rakan setugas yang 'otai' ditugaskan untuk membuat kertas kerja untuk 2 acara yang melibatkan jabatan aku. Ha... pening kepada aku. Tapi, 'otai' ada, apa nak risaukan. Aku juga tengah pening nak cari sebut harga komputer untuk disertakan dengan permohonan pinjaman komputer. Hutang lagi........ Hidup nie, kalau tak berhutang, tak sah......., tak memiliki harta duniawi......, terpaksa, kalau tidak, mana nak beteduh..? Nak jalan kaki kepejabat dan balik....? Melecet peha bang oi......! Tapi demi kehendak anak, terpaksa juga aku minta sepupu aku jadi penjamin pinjaman.

Niat hati nak pergi awal kemasjid, nak baca yassin le. Sampai ke kedai makcik donut tembam, tetiba ada seorang 'Hindraf' tegur aku. Aku senyum balik. Aleh-aleh, dia minta aku belanja teh dan kuih. Kesian lak tengok hindraf tua ni. Jadi, aku layan juga. Lagipun aku memang nak singgah lepas Jumaat nanti, nak beli donut yang tembam tu. Layan punya layan, sesedar, dah nak masuk Zuhur. Kelam kabut juga aku dibuatnya. Mudah-mudahan, pahala (kalau ada) belanja hindraf tua tu dapat ganti pahala membaca yassin. Dan kalau ada pahala, aku sedekahkan buat kedua ibubapa ku yang amat ku rindui. Ada kalanya meleleh juga air mata bila terpandang gambar yang menjadi teman dirumah sewa aku kat sini. Hasrat ibu aku nak 'mandi cencaluk' tak kesampaian, walaupun aku dah siapkan cencaluk, katil dan almari.

Angin aku agak sepoi-sepoi bahasa aje lepas mesyuarat denga bos. Sebabnya, pelajar asyik SMS aku, minta kensel kelas. Tugasan ada dua nak aku ambil, ada satu lagi kelas yang aku suruh masukkan dalam kotak kat bilik aku. Aku diamkan ajer. Namun bila aku bergegas kekelas, hanya ada 7 - 9 pelajar. Bagi sikit taklimat, dan aku bagi tau, aku akan ganti kelas deper tu, Semua setuju, hari Khamis nie buat, disertakan dengan kumpulan satu lagi. Hujun minggu deper ada ujian akhir, jadi kira-kiranya nak bagi tip le (sedangkan aku sendiri tak tau aper....!). Sebagai tanda hargaan tunggu aku, aku minta pelajar yang ada untuk tandatangan kedatangan. Yang lain tu kira absen ajer ler. Sebab, dah tau kelas mula 2.30 petang, yang dibeli tiket bas kul 4.30petang tu sipa suruh> Cari nahas ler namanya tu. Tu sebabnya aku diamkan ajer bila wakil kelas minta aku kenselkan kelas. jam baru nunjukkan pukul 3.00 petang. Siaper tak naik angin?

Hujan turun lebat, isteri tersayang lak telefon, tanya bila aku nak balik. Aku cakap kalau tak malam nanti, esok pagi, sebab air-con kereta tak elok. Tanya-tanyakan kabar anak-anak, katanya semuanya sihat. Si Along, lepas final baru balik, kira balik teruslah tu, dah habis belajar, Si Angah lak, ngajak ke TESCO, nak beli barang (duit lagi le tu), Si Kimi lak, tak reti langsung nak buat kerja rumah, nyapu ke, lipatkan kain ke.., Ada hati nak cari kerja konon, tapi malas nak bertanya, Si Apis, nak kena jengok kat RMC, kalau idak, muncong. Si Nana lak, kesekolah, paip air didapur tupun dah lama meragam, nak mintak ganti, duit lagi.

Aku tanyakan pada isteriku, tengah April sibuk tak..? Kerana ada hari keluarga jabatan kat Sanglang. Kena Pot Luck, tapi ada tambahan dari jabatan. jadi pasal makan tak kisah sangat. Kira punyer kira, kami ambil keputusan, kalau dia datang sini, bawalah siapa yang nak ikut. Sementara tungguhujan berhenti, aku duduk kat pejabat, periksa tugasan yang dihantar, sambil menunggu kalau-kalau ada lagi yang nak hantar tugasan (kelas ari Rabu....), sambil dengar lagu-lagu lama nyanyian CLiff Richards. Yang jadi hit aku, Bachelor Boy, We Don't Talk Anymore dan Uptown Girl, dilalakkan oleh Billy Joel dan juga Desert Storm lagu Sting yang ada unsur Arab. Campur sikit Beatles, ragge, macam Don't Worry, Be Happy dan lagu instrumental, aku layan....

Apa yang aku dapat hari ni, sedikit hidayah dan kesedaran. Apa yang direzekikan kepada kita bukan semunya untuk kita. Macam aku, ada bahagian untuk hindraf tua, untuk Si Angah dan dapur. Jadi aku congak dan dharab, apa juga rezeki yang dapat, jangan le kemut sangat. Ada hak orang lain dalamnya.

Baru aku teringat..... zakat, aku dah bayar lum........?

No comments: