Tuesday, February 3, 2009

Wira Perkasa atau Wira Sutun????

Kecoh satu Malaysia pasal rakaman video mengenai latihan wira tanah air dalam satu siaran berita di TV beberapa hari yang lalu. Rakaman tu tunjukkan macam mana bakal-bakal wira dibelasah, disepak dan didera macam binatang.

Apa lagi, jadi satu 'acara' bagi sesetengah pihak yang kononnya pakal dalam bidang yang tak ada kaitan nak jadi wira. Macam-macam tuduhan dan kutukan bertaburan diutarakan. Ada yang kata itu satu perbuatan zalim, macam prang zaman jahiliah le, tak berperikemanusiaan le dan macam-macam lagi. Banyak pulak yang mintak pihak bertanggungjawab buat kenyataan, beri penjelasan, dengan alasan takut nanti tak ada anak muda yang nak jadi wira negara untuk mempertahankan tanah air kononnya...!

Sehari lepas tu, siaran pasal perkara tu, dihebohkan. Kali ni, e-mail pembaca pulak jadi topiknya. Macam biasa le, ada yang ngutuk dan ada gak yang nyokong. Aku tertarik dengan komen 'Veteren Bere Biru' yang ngata bahawa latihan macam tu, adalah perkara biasa dalam pasukan beruniform tertama yang melibatkan pertahanan negara. Dia sendiri pernah melaluinya dan hidup lak sampai ari ni...!

Manusia sekarang ni suka bertindak macam anjing giler..., tak tau ujung pangkal, terus buat andaian sendiri, buat tuduhan melulu. Nak aku tanya pada yang ngutuk tu...., pernah tak dia menyarung pakaian seragam macam dalam rakaman vidseo yang ditayangkan tu...? Kalau takat pakaian seragam Pengakap, Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri atau St.John's Ambulance.... usah le nak ngutuk atau buat komen.

Pada aku, bila seseorang tu nak diiktiraf sebagai seorang wira negara, dia perlu melalui pelbagai latihan dan cabaran, yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Kita tak tau macam mana musuh akan menyoal siasat untuk mendapatkan maklumat. Jadi kalau wira-wira negara semuanya macam sutun, baik tak payah ada pasukan untuk mempertahankan negara. Memang le azab masa latihan, tapi yang dilakukan adalah untuk menguji dan membina semangat kental pada pelatih berkenaan. Aku sendiri pun pernah bertukar kulit tapak kaki satu masa dolu-dolu, lagi azab dari apa yang ditayangkan di TV tu, tapi hasilnya, apa juga cabaran, dugaan dan ugutan yang datang, aku cuma sengeh je.... Bukan nak riak, tapi itu adalah hasil latihan keras dan azab yang dilalui.

Cuba kita tengok pilem-pilem mat saleh. Bila bab kena soal siasat, macam-macam bentuk deraan dilakukan untuk mendapatkan maklumat. Kalau pelatih wira tak ada dikeraskan kepala dan jiwanya, mudah le rahsia negara dibocorkan. Pada aku, rasuah yang menjadi-jadi sekarang ni, kerana tak ada rasa 'harga diri' dan maruah yang amat murah. Aku tau ler, idup masa ni semuanya perlukan duit, tapi duit bukan le segala-galanya!!! Tak cukup dengan rasuah, anak-anak zaman cyber ni dah pandai jual tubuh, jual dadah, semua pasal duit, sampaikan Dato' M. Daud Kilau pun ada buat lagu pasal duit........

Balik pasal pelatih yang dikatakan didera.... Mereka dipilih, dan memilih untuk menjalani latihan macam tu. Ada ler dua tiga orang yang dianggap majal dan biul dalam pasukan masing-masing diantar untuk 'tune-up' kepala otak. Mula-mula aku masuk kem latihan, terpampang kenyataan: KEDATANGAN ANDA TIDAK DIUNDANG, RAGU-RAGU SILA PULANG'. Jadi, pelatih ada pilihan, nak teruskan latihan atau cabut balik ke unit masing-masing. Dan deper yang dipilih bukan calang-calang calun. Deper tu boleh dianggap 'the best among the best', dan yang bejaya melalui latihan dan menerima bere dan pisau tu boleh dianggap elit, 'the cream from the best'. Bak kata C.O. aku dulu, lepat ini laihan ha, campak mana pun lu boleh idup ma....!
Jadi aku kira, tak perlu le orang yang tak ada semangat mempertahankan negara tu memekak, buang ayor lior jer..... Deper tau tak, latihan rekrutpun dah cukup azab. Anak-anak muda sekarang ni terlampau-lampau dimanjakan. Kena ragging sikit dah mengadukan mak ayah, ngadu pada media. Masa masuk pengakap, PBSM dan lain-lain pasukan sukarela, kena latihan kawad kaki lama sikitpun dah menyumpah seranah...ni kan lak nak menjaga kedaulatan negara.

Ni semua bukannya aper, saja nak cari perhatian. Negara kita ni bertuah kerana kita merdeka secara aman, ak macam sesetengah negara, berperang, bermandikan darah macam di Palestin tu... Kita aman damai, itu pun ada gak yang tak puas ati.... buat tuntutan yang tak masuk akal. Macam kes Hindraf dulu. Tak baca sejarah kut deper tu. Yang bawak masuk nenek moyang deper bukannya kerajaan Malaya, tapiBritish, dengan persetujuan nenek moyang deper gak. Tapi cucu cicit deper yangtak sedorkan diri nak tuntut ganti rugi lak.... Dei tambi, akai ada ka...? Pada aku deper cuma nak cari nama dan timbulkan huru hara. Anak-anak sekarang tak rasa seksanya Peristiwa 13 Mei 1969. Nak makan pun dah seksa, dengan perintah berkurungnya, dengan rusuhannya, nak keluar malam kencing pun tahan sampai pagi. Agaknya anak muda kini udah luntor semangat perwira. Apa yang deper tau.. enjoy 24jam. Apa jadi pada negara, bukan urusan dia, tapi nak idup mewah dan selesa. Deper dah luper semangat Lt. Adnan, PW1 Kanang dan ramai lagi 'the un sung heroes', pejuang kemerdekaan macam arwah Tunku Abdul Rahman, arwah Tun Abdul Razak dan penentang penjajah macam Mat Kilau, Dato Bahaman dan ramai lagi yang telah dilupakan olej sejarah!!!. Mereka lupa akan jasa dan pengorbanan yang diberikan supaya kita kini hidup selesa dan aman, boleh bawa payung, handpon,bukannya M16 atau bom tangan kereta mewah yang tak abeh bayar hutang kat bank, bukannya kereta kebal bila nak keluar skodeng!!!

Ini aku raser le, pengaruh barat, secara tak langsung pengaruh Yahudi. Aper taknyer.... Asyik nak enjoy dan nak galmour!!! Gelamer adaler.... Semua nak jadi penyanyi dan pelakun, harapkan muka yang perasan lawa dan tubuh yang seksi. Dah tu, bila beli baju, manjang tak cukup kain!!!! Aku heran gak.... apa le lawanya bila berpakaian tak cukup kain tu...? Lepeh tu, tariksana, tarik sini nak tutup kulit yang ada bekas kurap dan panau tu. Kalau dulu heboh nenek pakai mini skirt anbik hadiah anugerah pilem, tak lama dulu adalak yang pegi majlis macam tu pakai baju tak cukup kain nak tutup belakang! Kesian aku tengok. Bila ku pikirkan balik, mungkin ini antara tanda awal dunia nak kiamat, tapi manusia tak sedor-sedor, rasa malu tak tak ada, rasa hormat pada agama udah luntor dan apa lagi hormat pada orang, terutama yang veteren, hancus!!!!. Ada buku aku baca dulu pasal tanda-tanda awal kiamat, antaranya ialah perang tak sudah-sudah, dah berlaku, cuaca tak nentu, kita sendiri alaminya, bencana alam, kita kat Malaysia ni dah rasa kena bahawa Tsunami, Itu baru sikit, dah kecoh. Dalam kecoh-kecoh tu, masih ada manusia yang ambik kesempatan kaut untung. Buat majlis kutip derma, aleh-aleh, masuk poke sendiri. Yang patut ditolong, lopong jer, tekedip-kedip macam katak kena siram ayor. Cuma mungkin generasi sekarang ni tak sempat tengok Nabi Isa A.S. diturunkan semula kebumi untuk membetulkan apa yang dipesongkan oleh Yahudi dan Nasrani. Bangsa arab yang lain tak pernah nak bersatu, dia sama dia bercakaran, macam zaman jahiliah. Yang kaya, dah berkiblatkan barat, lupa sesama saudara seagama, lupo dek tanggungjawab bantu sesamo Islam. Mungkin gak dah kena 'cucuk hidung' macam lembu dan kerbau, ikut ajer telunjuk barat.

Penyudahnya, aku harap jangan le ada pihak yang nak menangguk di ayor yang keroh. Tak ada paedahnya...., dapat lumpur dn pasir je..... Aku selalu pesan pada anak-anak aku dan anak murid aku, jang sesakali lupa diri, Remember your roots.... (asal usul ler tu...). Jangan terlebih aombong dan angkuh dek kekayaan mak bapak, itu cuma sementara, macam tempoh kita menongkat kat dunia ni. Macam mana tinggi sanjungan dan hormat orang pada kita, sudahnya kain kapan 3 helai ajer yang kita bawak kekubur bersama amal ibadat dan sedekah jariah yang dilakukan dan doa dari anak-anak dan isteri yang soleh. Harta yang menimbun ditingaalkan, anak-anak bercakaran dan berbunuhan berebut nak ngabehkan apa yang ditinggalkan yang selalunya diragui akan halal atau tidak cara harta tu dikumpulkan. Na'u zubillah min zalik......!

Soal aku yang last, apakah kita nakkan seorang wira yang gagah perkara atau wira sutun untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara kita yang tercinta ni....? Deper tak tau rasa bangganya bila dipakaikan bere biru yang ada lambang kepala rimau belang dan pisau dan disarungkan pisau didada sebagai tanda amat latihan dan dianggap sebagai seorang yang kental mental dan fizikal dan masuk dalam gulungan pasukan elit negara dan pelatih-pelatih tu boleh berjalan dengan bangga kerana mereka 'berbeza' dari yang lain.

Bak kata Nabil, Lu pikir la sendiri!!!!

Wasalam

No comments: