Sunday, January 11, 2009

Menang Anugerah kat FFVPM ke 6

Malam 10hb Januari lalu berkerlipan bintang di Dewan Banquet UPM. Malam tu adalah malam kemuncak Festival Filem dan Video Pelajar ke 6. Ramai yang hadir, VVIP, VIP, selebriti, produser filem dan pelajar, termasuk ibubapa macam aku dan isteri aku. Malam tu telah menobatkan bakal-bakal peneraju dalam industri perfileman negara. Aku turut sama berbangga kerana penyertaan UiTM Melaka sampai ke peringkat ini.

Acara berlangsung dengan gemilang. Ada yang menari, ada yang pertik gitar, ada yang menyanyi dan ada yang bergesel bahu dengan beberapa orang selebriti seperti Tan Sri Datok Jins Shamsuddin, Datok Aziz Jaafar, Datuk Aziz Satar, Shaharudin Thamby, Verdeena Imran, Hans Issac dan adale beberapa yang baru nak menapak dibidang seni. Nak masuk Festival Filem Malaysia, rasanya tak mungkin, jadi dalam joint yang ni pun jadilah. Itu pun dah memeningkan kepala, kerana last minute dibagi tahu tema malam tu, Black & White. Kena le cari baju putih, seluar itam. Nasib baik saiz baju dan selaur akusama dengan anak lelaki aku yang terlibat sama dalam festival tu, jadi aku rembat je, pakai dia punyer...!

Malam tu menyaksikan keserlahan beberapa IPTA yang bertanding, terutama UTAR dan ASWARA. Tapi apa yang paling membanggakan aku, pelajar kita yang hanya diperingkat Diploma, mampu mengalahkan penyertaan mereka dari peringkat Ijazah.....! Jadi aku kira apa yang penting, bukanlah peralatan yang canggih, kerana peralatan yang sedia ada (walaupun dipinjam dari Shah Alam) boleh dimasukkan ke muzium, tapi kebolehan dan kreativiti pelajar kita kat Melaka ni, terserlah. Penyertaan yang banyak menerima anugerah adalah dari UiTM Melaka ialah Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Pelakun Wanita Terbaik, Anugerah Pelakun Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Khas Juri, Anugerah Video Penyelidikan Terbaik, Arahan Terbaik dan Anugerah Penataan Bunyi Terbaik. Punyer le banyak anugerah terbaik yang dicapai, namun malang sekali, aku tau mana silapnya, tak dapat Video Terbaik FFVPM!!!! Tak ada rezeki!. Yang penting, budak Diploma boleh kalahkan budak-budak peringkat degree.....! YES...!!! It all in the idea and concept and imagination!!!!!!

Dalam kegembiraan tu ada juga yang tunjuk gah. Bila ajak begambor, buat deek aje.....! Agaknya tak ada karpet merah dan juruiring jemput begambor. Bo layan lah mat oi...!

Yang pasti ni, sudah pasti Ahmad Idham dan David Teoh akan sering ke UiTM Melaka untuk mencari bintang baru.... Tak le tekejut sangat kalau ada bintang baru dari UiTM Melaka. Cuma harap mereka tak mudah lupo diri dan asal usul....

Anak akupn sama gembira, bila kumpulan dia menang Anugerah Sinamatografi Terbaik. Bebaloi kulit hitam kejap, hilang penat tolak kamera atas trek, betekak dan begaduh.

Ok ler... sampai sini dulu kisah FFVPM ke6 ni. Tahun ni tak tau lak kat mana dilangsungkan. Mungkin UiTM jadi tuanrumah kut...... Dan aku yakin, UiTM Melaka akan hantar penyertaan yang lebih hebat lagi......... Benchmarknya dah ada, cuma perlu sama par atau lebih baik lagi, supaya kita boleh bukak mata pihak-pihak tertentu..... Bebudak dari FKPM Melaka dah mula tunjuk 'belang'. Keberanian, kreativiti dan idea tak bergantung kepada peralatan yang digunakan, tetapi kepada orang yang menggunakannya.

Tapi aku paling seronok bila mendengar alunan suara Datok Ahmad Jais menyampaikan beberapa buah lagu yang sememangnya menjadi nostalgia pada aku, seperti Gelisah dan Di Ambang Sore!!. Puh... wa cakap lu.... tangkap leleh.... beb...! Walaupun tubuh dimamah usia, namun, suara masih ada CLASS!!!!. Macam mana dalam rekod dan kaset, macam tu lah suaranya bila dia menyanyi secara live. Gua tabik lu Datok!!!! Tan Sri Datok Jins Shamsudin masih segak macam dulu gak, walaupun dah rak ada rambut!!! (Janga marah Tan Sri...!) Datuk Aziz Satar, macam biasa le... dengan lawak spontannya yang menghiburkan. Selebriti lain, macam biasa jer...., tengok 'live' tak le sehebat mana seperti dalam lakonan. Nampak bebenor bezanya dengan artis baru nak menapak, teguncap-cungap macam ikan atas darat. Mungkin sebab tekinja-kinja, manakala yang veteran lak, hanya berdiri. Tak boleh nak salahkan dia, dah banyak sangat angka umurnya, kalau dibandingkan dengan yang baru tu, lagipun sesuai denganlagu yang didendangkan.

Kesimpulan yang aku dapat buat, IPTA lain tak boleh nak memperkecilkan kebolehan dan bakat yang ada pada pelajar-pelajar Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka!!!!!

Bye.....

p.s. Aku ingat nak cadangkan supaya jemput Datuk Ahmad Jais datang buat show di malam Pra Graduan pelajar Mass Comm nanti... Mungkin boleh gak jemput Hail Amir, sebab anak dia jugak akan graduate! Amacam? Ada setuju ka...? Kalau ada bagi respon......!!

No comments: