Monday, February 23, 2009

Antara Dua Gadis - Part 1

Siang semalam, aku dihadiahkan sepotong kek, kek harijadi daripada birthday girl. Aku terima ajer le.... rezeki beb...! Yang aku pasti, ini bukan rasuah, sebab aku tak ada ngajor kelas minah ni. Aku yakin, dia ikhlas dan aku ikhlas menerima, tanpa sebarang prasangka..... Malamnyer lak, student ajak aku keluar makan malam bersama-sama rakan sekelas, nyambut harijadinya yang ke........ (tak tau ngaper pompuan suka rahsia umur..). Aku ingatkan makan-makan kat kedai mamak, rupanya diajaknya ketempat yang agak ekslusif. Mamai aku, sebab aku tak bawak duit, ngam-ngam untuk bayar round table kat kedai mamak. Tapi, tak per ler... tawakal ajer le. Ramai le yang datang, makan, minum, gelak, ngutuk, makan lagi, ngutuk, gelak, minum. Lama gak kami besembang, pasal assignment, periksa, perancangan masa depan, dan pelbagai topik lagi lah. Seronok gak bersembang dengan student yang ada wawasan. Ada gak yang nak mengadu nasib, tapi segan gamaknya dengan teman yang ada. Aku cuma dimaklumkan yang si Mamat ni, kena balon dengan handbag awek dia. Apa cerita sebenarnya aku tak tau, api yang pasti, bedekah aku gelak. Apa tak nyer..., dah besor gedegok, kena hayun dengan hand bag! Nasib le... awek dah turun minyak, macam gajah turun minyak le......

Kebetulan masa aku tengah tunggu order, datang lak sekumpulan pelajar. Rasanya maam aku kenal ajer deper tu, namun, tak sorang pun negor aku. Tak lama lepeh tu,datang lak segerombolan lagi pelajar yang macam aku kenal, maklumle dah masuh era Warga Emas ni, pandangan bukannyer terang benderang. Adaler sorang minah ni tegor aku... jadik le... Agaknya deper-deper tu jelus tengok aku semeja dengan bebudak lain kut. Menonong aje tuju meja lain. Unsangkarable, orang macam aku boleh ngam ngan bebudak yang sebaya dengan anak aku, dan memang aku anggap deper semua tu anak-anak aku!. Aku, macam biasa le, PADULI APER AKU.... Jadi masa makan, turun lak ujan, kata orang tua, itu anda rahmat Allah. Syukur....

Jadi, sebelum balik, masing-masing tuju kaunter, makan ramai-ramai, bayar sendiri-sendiri.... kira Dutch ler. Nak bayarkan untuk birthday girl, aku tengok balak-balak yang datang, puh..... (sendiri mau pikir la..). Biar ler mereka berseronok menyambut harijadi minah ni. Aku tumpang semangkok jer..... All's well, ends well.

Baru ajer nak start kerete tua aku, adalah sorang lagi minah kol aku. Katanyer nak jumpa kat kedai mamak, tempak aku selalu lepak bila perut main lagu keroncong, nak minta khidmat kaunseling aku. Malam masih muda, aku pun setuju.

Sesampainyer aku kat destinasi, aku tengok ada 5 dara menunggu. Suspender jugak aku dibuatnya. Setelah dua kali aney datang nak ambik order, minah-minah ni mula ler bicara mereker......

Masing-masing meluahkan perasaan terhadap salah sorang rakan 'kongsi'. Kerja kumpulan, tapi dah bebalah. Masing-masing kata ada minah orang ni, lagak kuah lebih dari sudu (itu pepatah lama, cari le maknanyer...). Dikaborkan dari mukaddimahnya sehinggalah khatam. Ikut ceriternya, esok nak buat presentation, tapi minah sorang lagi tu nak buat dia punyer sendiri. Agaknya dia nak buat projek tu sorang-sorang. Aku macam katak kena siram dek air, diam ajer, sesekali mencelah juga, bagi pendapat.

Al-kisah bermula apabila sampai kelokasi penggambaran. Minah sorang ni, kira direktor produksi le, ngarah itu dan ini. Awal-awal lagi dah mula tunjuk lagak dan perangai. Abeh semua nya kena marah. Kabornya asyik nengking ajer! Krew masih cuba bertahan, malah ada yang cuba membaiki keadaan, takut retak jadi belah, hancus....! Jadi dikaborkan kat aku, sepanjang masa dilokasi dah ada dua kem, yang mangsanya, krew le. Dengan ni tak betegor, yang sana tak mandang. Dah tu, semuanya nak ikut cakap dan kehendak dia, tak boleh terima pendapat krew. Lama gak ler deper bebincang macam mana nak settlekan perkara ni.

Aku pun bagiler beberaper cadangan berdasarkan pengalaman aku. Aku katakan, apa yang berlaku adalah realiti hidup, malah aku dah nasihatkan pelajar-pelajar aku, termasuk minah yang rajin mintak nasihat aku ni, masa-masa macam ni, baru timbul belang masing-masing...., jadi berhai-hati semasa dilokasi....

Kesimpulan yang akudapat dari dua insiden satu malam tu, umur tak nentukan tahap kematangan seseorang. Anak-anak sekarang, matang sebelum umur... Ada yang umurnya muda, tapi matangnya ngalahkan orang dewasa, dan sebaliknyer. Aku katakan, cuba berfikir dan cari jalan keluar dari masalah ni secara kolektif, untuk kebaikan majoriti krew. Jangan kerana sorang dua yang nak tunjuk terror, yang lain merana, memendam rasa. Silap ari bulan, boleh datang angin senggugut.....

Bekerja dalam kumpulan boleh jadi menyeronok atau menyiksakan. Macam kes aku malam ni, aku dapat tengok, kumpulan birthday girl, deper happy go lucky, tak ambik pot apa orang kata, walaupun ada yang menjeling arah deper masa kat tempat makan tu, tapi mereka masih melambai, menegor, tapi dibuat tak layan jer dek grombolan yang datang tu. Tak luak aper pun aku tngok. Malah aku bangga lak, punyer student yang tau bezakan antara masalah peribadi dan masalah kelas. Dalam kes kedua, aku tak dapat nak buat rumusan, pasai aku dengar ceriter sebelah pihak jer. Ceriter belah minah sorang lagi tu, aku tak tau. Aku tak tau punca perbalahannyer dan aku tak nak tau, memeningkan kepala aku jer. Yang pasti aku tekankan, kerja dalam kumpulan, kalau tak puas hati, bagi tau jam tu gak, jangan simpan-simpan, jangan tunggu sampai dah balik, baru nak beceriter, tak ada faedahnyer. Masing-masing keluarkan kos yang sama, sama-sama buat kerje, sama-sama nak markah baik, dan sama-sama nak produksi yang terbaik. Kalau awal-awal lagi dah timbul urat merekh (urat yang kat leher tu..) dah tak seronok lagi nak buat kejer.

Kesimpulannya, aku takat ni, hanya jadi pendengar setia, dan konsultan percuma. Sesuai dengan kerja aku sekarang, selain dari ngajor, aku jugak tolong bagi jalan dan cadangan untuk selesaikan masalah pelajar aku, bak kata orang tua, 'Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerakan'. Jangan ada yang menyensing lengan baju udah le... Itu kena panggil referi WWF untuk jadi orang tengah.

O.K. aku kena belah dulu, nanti adalak student komplain, lambat masuk kelas...... Nak menjawab kat kordinator, silap-silap Pengarah Kampus. Mintak simpangkan dek malaikat...!!!!!

No comments: