Sunday, February 22, 2009

Politik Oh Politik.....

Dalam hiruk piruk gawat politik dalam negara, terpacul lak cerita yang lebih menarik minat aku kali ni. Kalau di Perak tu, udah tentunyer le.... tengah gawat. Speaker Dewan tunjuk belang kat dahi, jadi pepatung orang yang ngidamkan kuasa, di Selangor, gawat lak pasal gambar YB tengah tidor, dan M.B.nyer pulak, dikatakan guna duit kerajaan untuk sevis kereta peribadi dan untul beli lembu untuk korban....., di Kedah lak, DUNnya letak jawatan pasal duduk serumah tanpa kawin (ikut adat dia..). Gawat... ngalahkan gawat ekonomi yang sedang melanda.

Tapi yang paling gawat aku dengor bebaru ni, pasai politik dalam kampus, lebih-lebih lagi dalam bilik kuliah. Ada le sekelompok pelajor ni, masih setahun jagung dah mula tunjuk bakat dalam politik. Mudah sangat terpengaruh dengan tomahan orang, sampai lupa nak buat pertimbangan, mana yang baik, mana yang kurang baik.

Al kisah syahidan bermula bila sekolompok pelajar memberontak, tendang wakil kelas dan AJKnya dari jawatan secara rampasan kuasa. Dengor ceriternyer, deper tu ambik alih kuasa dalam kelas kerana tak pueh ati dengn wakil yang sedia ada. Yang nampak sangat giler kuasernya, buat keputusan bila wakil kelas sedia ada tak ada dalam keleh. Dan yang lelainnya ngikut ajer, macam lembu kena cucuk idung. Maka tegolekler wakil keleh yang ada, digantikan dengan 'yang lebih baik' dan mendapat sokongan ramai...... macam cerita BN berkuasa kat Perak lak.... Menurut yang ampunyer cerita, dan mangsa-mangsa kejadian, deper di'jatuhkan' dengan cara yang mengaibkan, tapi tak melawan, kerana maleh nak bising. Lagipun tak ada faedahnya bercakor untuk jawatan yna gtak bebayor. Betul gak pikir aku.. Macam dalam RELA, masing-masing berebut pangkat, kutuk sana, kutuk sini, tapi bila dah dapat pangkat, satu habuk keje pun tak jadi, cuma tau nak ngarah orang. Kena dengan aku, aku balun balik, paduli apa aku, sebab aku pernah pakai pangkat yang bebayor, yang tinggi pangkatnya aku balun...

Dah aku dengor luahan perasaan deper yang kena 'rejek' ni, aku tepikir lak.... kalau baru besor tungau dah pandai rebut kuasa, udah keje sok, macam maner agaknyer bebudak ni? mau diharuknya satu opis tu, asalkan dia dapat kuasa...! Mungkin bebudak ni, lupa, pada kata pakcik Spiderman, 'with great power, comes great responsibilities...! Agaknya seronok bila jadi tumpuan keleh dan pensyarah lain, disuruh buat itu, buat ini, tapi dia lak ngarah orang lain yang buat, dia cuma nak nama (itu biasa le bila dah ada kuasa). Bila kantoi, salahkan orang, abeh kisah.

Aku dapat ceriter ni, bila aku teserempak bebudak yang kena rejek ni kat kedai mamak, tempat aku mengadu bila perut lapor atau bila tekak kering. Aku dah tak boleh nak ngelak, jadi aku joint ler. Masing-masing meluahkan perasaan, ada yang merah biji mata nahan sebak didada....., ada yang macam menggong jap, tak tau apa nak buat, dan ada yang terasa macam dah terasing. Kater deper, dah mula kata-kata ngutuk, walapun tak direk, tapi masih terasa, mula dipulaukan dari kelas dan macam-macam lagi dibuat, nunjukkan yang kena rejek tu memang dah tak dikehendaki dalam keleh tu. Jadi, deper kaborkan kat aku, dah jumpa le pihak-pihak yang patut, minta nasihat, dan antara nasihat yang dibagikan, tukor kumpulan sem depan. Dan yang rejek ni lak kata, kompen, sem depan ada yang kena repeat paper.... Tu... luar bidang akule....

Aku sebagai 'bapa', nasihatkan le bebudak rejek ni, supaya besabor, sebab selalunya ada 'blessing in disguise'. Mungkin ini satu cobaan untuk peraan yang lebih mencabor pada masa depan, dan ini boleh dijadikan teladan. Selalunya manusia tak nampak kebaikan yang dibuat, cuma yang buruk ajer yang terpampang depan bijik mater deper. Aku kaborkan, lantak deper le.... mungkin deper nak nolong ringankan beban kejer bebudak rejek ni, jadi kenaler bersyukur....! Tak ada beban lagi...., orang lain nak galas, lantak dier le..... Aku kaborkan lagi, buat kejer macam bias, pegi keleh macam biasa, cuma duduk diam, ada tugasan, buat, ada keje kumpulan, cari geng rejek jer. kekadang timbui gak rasa jahat aku, aku kaborkan, kalau deper mintak tolong ke, mintak pandangan ke, mintak nasihat ke (tapi aku optimis benda ni akan berlaku), buat deeek ajer, bior deper selesaikan sendiri masalah. Tapi dalam diam-diam, kalau bolej, tolong gak ler, tapi jangan menonjol, sebab kalau yang baru dapat kuaer tu gagal, maknanyer gagal satu keleh. Bior ler deper tu yang dapat nama, dapat sanjungan, janji kemer, yang direjek ni dapat DL (Dean's List). Bukan niat nak ngajor bebudak rejek ni jadi jahat, tapi kekadang tu, nie ajer caranyer nak ngajor deper yang tak reti bahasa. Sekali pikir balik, patut ke aku ajr bebudak rejek tu benda-benda macam tu...? Lu pikio le sendiri yop.

Teringat aku lak kat pepatah lama, 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'.jadi aku nasihatkan ler bebudak rejek ni. Ini adalah kenyataan hidup. Bila kita buat baik, semua nampak lancar, pensyarah dah mula nampak, timbul PHD - perasan, hasad dan dengki. Kononnya dia boleh buat lebih baik lagi. Kononnya dia lagi hebat, lagi cemerlang, tapi penuh temberang. Dari ceriter yang dikaborkan kat aku, banyak masalah kelah yang di'sembunyikan' dari pengetahuan yang lain, kerana maleh nak bising, kekadang tu, guna duit sendiri. Ada gak aku dengor ceriter, adale hamba Allah dalam keleh tu, tak cukup duit nak balik kampung, jadi wakil yang lama benarkan dia guner duit keleh untuk beli tiket, dengan janji, bayor balik. Bekeh wakil keleh tu cakap, ganti yang lain, bahagian dia, dia halalkan, kerana nak nolong. Sanpai buat baik macam tu pun tak dikenang dek orang... Aper le jeneh manusia bebudak sekarang ni...? Aku nasihatkan lagi, anggap jer le apa yang dibuat dek bebudak rejek ni, sebagai amal jariah, buat dengan niat ikhlas, jangan harapkan balasan. Tak ada di dunia ni, di akhirat kelak. Tapi selalunya, ALLAH bagi CASH....., tak payah tunggu lama-lama, kat dunia ni lagi dah dibagi balasan. Pandai-pandailer menanggungnya.

Akhir kalam kali ni, kalau kecik-kecik dah mula berpolitik, tak reti-reti mikirkan mana yang baik dan mana yang buruk, cepat melatah dan cepat lupakan jasa orang lain, alamat memang nak telingkup le deper ni. Apa lagi dalam bidang ni, kalau PHD tu tinggi, memang tak kekal lama le.

Akhir sekali, nasihat aku pada semua yang berangan nak main politik, belajor dulu, matangkan kepala otak korang dulu, pandai timbang mana baik, mana buruk, jangan main taram jer........... Ini le akibatnya kalau terlalu cepat melatah dan mudah terpengaruh dengan kata-kata dari lidah yang tak bertulang..... Sedor le diri sikit. Datang kemari nak belajor, bukan nak buat musuh.......

Lantak kemer ler..... Aku padulik aper........

No comments: