Wednesday, February 18, 2009

Fardhu Kifayah

Hari Selasa bulan Februari yang lalu, seorang rakan pelajar menyahut panggilan Illahi. Maka tamatlah kontreknya di dunia yang fana ini. Atas rasa tanggungjawab, majikan aku menguruskan semua urusan berkaitan dengan jenazahnya, daripada dibawa keluar dari hospital, balik ke kampus, kemudian kerumahnya di Selangor dan terus ke rumah kekalnya di Kg. Melayu...........

Ramai ler rakan, sahabat arwah yang lelaki dan pompuannya termasuk gak staff yang kenal arwah ni menunggu di masjid kat kampus. Sempat lak diadakan majlis tahlil sementara tunggu arwahnya sampai. Dah disembahyangkan, arwah dibawa untuk singgah jap dirumahnya, sebelum disemadikan. Ramai ler kekawan dan staff dari Melaka yang ikut, dua buah bas dan beberapa buah kereta, termasuk rakan yang sama terlibat dalam kemalangan. Dari Shah Alam pun ada gak, cuma yang aku kenal sorang jer..... Arwah ni dikatakan paling teruk cedera, koma beberapa hari sebelum FULL STOP!

Dengar kabor, arwah ni, Mak Indon, yang ada keluarga yang tinggal kat sini. Tu tak per le, dah rezeki awrah nak belajor kat Melaka. Rupa-rupanya, kontreknya juga abeh di Melaka....... Dah rezeki dia.

Apa yang menarik perhatian aku, tak ramai cikgu dan cikgi yang kenal arwah di Melaka yang turut sama ngantor arwah balik. Yang aku kenal 4 cikgi dan aku. Bukan nak riak atau bangga diri, kerana aku sndiripun tak kenal, tak pernah tengok, apa lagi ngajor keleh dia. Nama pun aku tak hapal... macam kelas aku yang lain gak, nama aku tak hapal, kecuali yang buat perangai dalam kelas aku. Aku kensel keleh petang tu kena ikut sama nagntor arwah, tapi naik bas ler....

Yang seronoknya, masa arwah nak diusung masuk ke van jenazah, aku kebetulan ada kat pintu van diminta bantu tarik keranda kedalam. Macam tu gak masa kat romahnya, aku juga yang tolong tarikkan keranda masuk dalam van. Aku rasa itu ajer yang dapat aku sumbangkan kepada arwah yang tak pernah aku kenal. Macam dulu, bila aku tepaksa meredah kampung untuk bagi tau keluarga anggota yang terkorban.

Tapi aku 'tabik' keluarganya. Suasana suram, cuaca mendung, hujang bila nak mula perjalanan, reda bila sampai kerumah dan kubur, lebat balik masa nak balik ke Melaka, macam dunia turut raser sedih. Segalanya jalan lancar, wlaupun ada rungutan dari 'alim ulamak' yang ngikut, kononnya melanbatkan urusan jenazah. Tapi kita kena faham, keluarganya nak juga tengok wajah arwah buat kali terakhir, jadi ngaper bising macam langua semiggu tak makan...? Betul, kita kena segerakan urusan jenazah, tapi sebagi orang luar, ikut ajer le kehendak keluarga. Macam aku dulu, bila mak aku meninggal kat Ipoh, orang taman tempat adik aku nak kebumikan sebelum Jumaat di Ipoh, tapi aku kata, mak pesan, dimana dia 'habis' bawak balik kerumah, sekejap pun tak per. Jadi aku tunaikan permintaannya, aku bawa balik kerumah di Teluk Intan sebelum disemadikan. Ramai gak langau yang berbunyi, tapi aku kira ada fadilatnya. Biarlah menjadi rahsia aku sendiri beberapa 'keajaiban' yang aku lalui secara tak disedari.

Balik pada kisah fardhu kifayah, rasanya majikan, rakan taulan dan staff dan melaksanakan dengan sempurna sekali. Dari urusan di hospital, kedutaan (sebab arwah warga Indon) dan sampai pengkebumian dilaksanakan dengan baik sekali. Cuma jenuh aku nak menjawab mana cikgu lelaki yang lain? Aku dah penat bagi alasan, last sekali aku cakap, deper tu salah naik bas, tu yang tak sampai-sampai lagi.

Jadi pengajaran penting, umur tak bukan faktor utama bila kontrek seseorang itu akan tamat, jadi jangan dipersia-siakan umur yang ada. Ingat lima perkara sebelum lima perkara ni datang:

1. Muda sebelum Tua
2. Senang sebelum Susah
3. Kaya sebelum Miskin
4. Lapang sebelum Sempit
5. HIDUP SEBELUM MATI

Mari le kiter toleh balik perjalanan hidup kiter yang lepeh-lepeh tu. Mana yang tak elok, dielokkan, mana yang kurang, ditambah, mana yang tak elok di tinggalkan. Mudah-mudahan hidup kiter akan jadi lebih aman, bahagia dan tenteram jiwa dan raga.

Allahu'alam, Allah ajer yang tahu kemana destinasi akhir kiter. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah yang nentukan.

Wassalam......... pikir-pikirkan ler yer.....!

No comments: