Wednesday, January 7, 2009

Untuk Renungan Bersama

Semalam, 10 Muharram, telah berlalu tanpa kita sedari akan betapa besar menaffat yang ada. Kita asyik leka dengan hal keduniaan kita, mengejar fotamorgana, satu ilusi dan khayalan. Bak kata kawan aku, "itu semua dunia beb.....!"

Sebenornya aku pun baru diingatkan oleh isteri aku yang menghantar e-mail mengenai kelebihan 10 Muharram ni. Kita asyik sibuk melihat kalender Masihi dan kita abaikan kalender Hijrah. Yang kita gunakan kalender Hijrah ialah untuk permulaan Ramadhan dan permulaan Syawal, itu pun setelah mendengar pengumuman Penyimpan Mohor Raja-Raja. Selepas tu, entah kemana kita letakkan kalender Hijrah tu.

Rupa-rupanya setiap bulan dalam kalender Hijrah ni, banyak fadilat dan menfaatnya, kalau kita rajin melihatnya, sebagai mana kita sibuk melihat tarikh pada kalender Masihi, terutama pada tarikh 24 atau 25 setiap bulan - GAJI da.....!!!

Kita alpa akan kebenaran Allah yang Maha Pengasihani dan Maha Pengampun. Di setiap bulan Hijrah tu ada hari-hari yang boleh kita tambahkan amal ibadat kita, memohon kemaafan Nya dan banyak lagi. Tapi, kita lupa semua itu dek kesibukan mengejar keduniaan, bak kata kawan aku sorang lagi, "itu semua dunia beb..."

Jadi, marilah kita renung-renungkan bersama e-mail yang dihantarkan oleh isteri aku ni, mudah-mudahan dapat memberi hidayah pada semua yang membaca blog aku ni.......

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram , bersamaan Rabu, 07 JAN 2009)

1. Melapangkan masa/belanja anak, suami & isteri:
Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin:
Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah:
Di akhirat nanti Allah akan me mas ukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat:
Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim:
Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah:
Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti- henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin
di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri:
Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat:
Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana
Allah Taala'
9. Bercelak:
Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali:
Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat:
Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru':
Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa:
Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat -
'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala' fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka, Insya'allah..

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Renung-renungkan, dan selamat beramal!!!

Jumpa lagi....!

No comments: