Tuesday, October 20, 2009

Semuanya Berbaloi

Pertama kali aku merasa dihargai apabila melihat bekas pelajar aku naik pentas menerima skrol diploma mereka di majlis konvo di Shah Alam. Pertama kali pakai jubah staff, berarak sama-sama dan kena sorak lak tu bila muka aku yang hensem ni terpampang kat skrin besor.... Sah... siapa lagi, kalau bukan budak Mass Comm....! Dan ini juga pertama kali aku duduk atas pentas, walaupun di barisan belakang, rasanya amat mengujakan, ialah, tak pernah merasa duduk sepentas dengan Pro Canselor dan "top gun" UiTM. Dan aku gelak besaor bila Pro Canselor kata, majlis konvo kali ni, paling meriah. Sebabnya.... bebudak Mass Comm riuh rendah, baruler yang lain nak ikut, tapi Mass Comm tetap JOHAN bising. Malah dia buat lawak gak. Dia nasihatkan yang guru-guru yang konvo, hari tu ajer deper boleh bising, balik sekolah nanti, jangan buat bising.... disambut dengan sorakan dan macam biasaler, budak Mass Comm yang kuat besorak...... Dia tambah, kalau tak bising, bukannyer budak Mass Comm....!!!! Nampaknya secara tak langsung, Pro Canselor dan iktiraf bebudak Mass Comm...!!!!

Apa yang lebih berbaloi, ada sorang bekas pelajar ni, menitiskan air mata sebaik sahaja nampak aku. Akupun naik emo jugak ler...... Tapi kena control macho beb..... Masa deper ngambek skrol, aku dan bos aku sama-sama tegak, memberi sokongan dan penghormatan kepada mereka. Ada yang melambai, ada yang tesengeh, dan ada yang buat don't know ajer, walaupun rakan-rakan aku tu panggil nama dia.... Agaknya terlalu gementar, tengok muka Pro Canselor, yang aku tengok senyum slalu.... Dan apa yang bangganyer, ramai pelajar yang pakai selempang.

Apa yang buat aku rasa sebak tu, bila ada mak ayah pelajar yang mengucapkan terima kasih kerana mendidik anak mereka hingga berjaya. Tak kurang gak pelajar yang cakapkan benda yang sama. Ada yang besalam, ada yang menjerit bila nampak aku dan rakan-rakan, dan ada jag yang melok aku sebagi tanda terima kasih (yang peluk aku tu balak yer....). Kebanyakkan mereka udah nyambung degree dan ada lak yang dah bekejer. Macam aku cakap tadi, ada sorang pelajar ni, menitiskan ayor mater, mungkin ayor mater gembira ataupun sedih,tak pulak aku tanya..., tapi dengor ceriternyer, dia tak sambung belajor, kener keje dulu. Aku nasihatkan dia supayer besabor, bila ada peluang, sambung belajor untuk masa depan yang lebih cerah, sebab dia ada potensi, kerana dia salah sorang yang pakai selempang!.

Abeh majlis, akupun berarak sama dengan Pro Canselor. Dek kerana aku kat belakang, bila jumpa bekas pelajar aku, apa lagi, macam biasa ler, budak Mass Comm, kena sorak lagi, ada yang hulur tangan besalam tak kurang yang melambai dari jauh. Seronok tengok muka-muka ceria, bebanding dengan muka-muka tension masa belajor dulu.

Akupun keluar lah, mencari pelajar-pelajar ni, nak ucapkan tahniah ler.... Bukan main sesak lagi kawasan majlis. Berasak-asak. Maklumlah, hari bersejarah bagi pelajar dan keluarga mereka. Akun dulu pun sama gak. Aku dan rakan-rakan jadi 'selebriti' ler kejap, tapi peluh meleleh macam hujan ribut..... Panas rupernyer jubah yang aku pakai, walaupun nipis. Tapi, tahan ajer le...... Sana panggil nak begambor, sini begamor, dan begambor, jumpa lak tempat lain, begambor lagi, tak puas-puas begambornyer.... Macam-macam pose, ada yang begambor berkeumpulan ada gak yang nak bedua ajer. Ada yang minta nombor talipon (tak save tak idak...), ada mintak e-mail dan facebook aku, Aku LAYAN.... Tak kisah leh... sebab aku layan kerenah deper tu macam aku layan kerenah anak-anak aku sendiri, sebab rata-rata sebaya dengan umur anak aku yang ke... (tak ingat lak sebaya anak yang mana..!). Aku dan rakan-rakan, LAYAN.......

Dah settle kemuncak kegembiraan, tiba le masanya aku dan kekawan balik ke Melaka. Dalam perjalanan balik, aku cakapkan kat kawan aku.... "Seeing these students succeed, makes it all worthwhile......" Maknernyer, bebaloile aku menjerit, marah, negkeng, dan menCIRIT deper masa dalam kelas aku dulu. Mau taknyer, dengan batch ni, aku cuma sempat bersama dua semester ajer, tapi hubungan dan kemesraannya macam dah kenal dari semester satu lagi. Tak macam bebudak sekarang ni, tak beraper nak mesra macam yang dah graduate ni, Ada ler tiga empat kerat yang agak mesrernye, yang lain, mesra bila nak marhak lebih. Boleh tu memang boleh... boleh blah.......! Tak tau kat miqat maner, aku lelap, sedor-sedor udah sampai kat pintu masuk kat Melaka. Perut dah main lagu keroncong dan disco, lepeh tu dangdut lak. Aper-aper hal pun, solat dulu baru cari apa yang patut. Bos lak ajak aku gi ke padang kawat, jengok-jengok persiapan tuk malam ni, majlis raya dan anugerah dekan lak.... Sabor je le perut oi.....

Aku tepikir balik kata-kata sorang pensyarah kanan yang aku nampak relaks jer, masa aku kat Kuantan dulu. Katanya, tak perlu nak ngejor kekakyaan atau pangkat, janji aper yang dilakukan, dilakukan dengan ikhlas dan seronok melakukannya, udah cukup bebaloi. Kena pula bila melihat pelajar yang dididik berjaya dalam kehidupan.

Karier pensyarah ni samaler dengan cikgu, seperti lilin, menerangi yang lain, membakar diri sendiri...... Tapi, semuanya berbaloi bila melihat pelajar berjaya dalam pelajaran dan kehiduan mereka. Mudah-mudahan, bila aku dah jalan pakai tongkat, mereka masih nak tegor aku, isyaallah kut-kut pangjang umur aku.......

Sama-sama le kiter renungkan.

No comments: