Thursday, October 22, 2009

Kembali Sepi

Berakhirnya Syaawal, menandakan berakhirnya aktiviti mengajar. Silibus dah habis, tugasan dan diperiksa, dinilai dan diberikan markah. Pelajar mula sibuk bertanyakan markah 'ongoing assessement', untuk menilaiprestasi mereka. Macam biasa, ada jugak pelajor yang bua dek jer..., mungkin nak 'graduate' awal kut.... Dah bosan belajor, dah bosan dengan tugasan dan dan bosan mendengor leteran pensyarah.

Apa pun, mulai hujung bulan ni, hingga pertengahan bulan November, suasana kampus akan berubah secara drastik. Keadaan akan mula sepi kerana pelajarnya mula mengduduki peperiksaan akhir semester, yang bakal menentukan sama ada mereka layak meneruskan pengajian atau terus meninggalkan kampus untuk selamanya.

Begitu jagak dengan pensyarah. Awal semester dah mula pening dengan pelbagai tugasan, arahan dan keperluan yang perlu dipenuhi.Kena sediakan fail mengajar, fail kursus, fail meja dan berpuluh jenis fail, mengikut keperluan fakulti masing-masing. Aku juga kena buat tu semua, tapi kalau dah otai tu, baka kata bebudak sekarang, 'pelan-pelan kayuh'..... siap gak satu hari nanti.

Semester ni banyak benda yang aku 'belajar'. Belajar apa itu kekecewaan, apa itu kejayaan dan apa itu cabaran. Semua itu, macam kata P.Ramlee, COBAAN..... Sebagai manusia, kita sememangnya sentiasa belajar, sama ada dari kesilapan lalu atau dari orang lain. yang penting, jangan takut untuk belakar dan jangan malu untuk bertanya, walaupun daripada mereka yang lebih muda usianya dari kita. Apa yang penting, dariada yang kita belajar, dapat memperbaiki diri, keluarga dan pelajar.

Semester ni, kekecewaan yang aku rasa ialah apabila segala usaha untuk mendapatkan peralatan untuk kegunaan pelajar menjadi tunggang langgang. Lain yang dipohon, lain pulak yang dihantar. Dan lebih kecewa lagi, bila aku nyatakan pada pihak atasan, semuanya tak boleh nak buat apa. Setahu aku, apa yang aku pohon dulu dah jelas, tapi dek kerana nakkan ketulusan, haru biru jadinya. Lain yang dipohon, lain yang dapat. Agaknya ada pihak lain yang menukar barang yang dipohon, tapi tak pulak bertanyakan sama ada sesuai atau tidak. Setahu aku, mungkin yang menukar tu, mereka yang 'pakar'. Entah lah... Cuma aku harap, tahun depan, fakulti boleh mengusahakan untuk mendapatkan peralatan yang betul supaya dapat digunakan oleh pelajar.

Dari segi kejayaan lak, aku merasa teruja apabila dapat bersama-sama kumpulan pertama, kumpulan pelajar aku yang pertama pada hari konvokesyen mereka. Walaupun hanya diperingkat diploma, kalau tak lulus diploma, tak boleh nak sambung degree kan? Pertama kali sama-sama berarak dengan Pro Canselor dan top gun, disorak (atau diejek) masa naik pentas... Huh... rasanya sungguh membanggakan. Yang lebih buat aku rasa bebaloi berpeluh hari tu, (pakai jubah hitam, rasa macam lawyer.... loyer buruk ada le..) ialah melihat kegembiraan diwajah pelajar aku yang menerpa aku, mengucapkan terima kasih. Dan ada gak ibu bapa yang mengucapkan terima kasih kerana berjaya mendidik anak mereka hingga berjaya. Ini yang buat aku terasa emotional sikit. Aku pun pernah merasakan apa yang dirasai oleh ibubapa ni, sebab aku pun ramai anak yang sedang belajar. Aku sendiri menitiskan air mata bila melihat anak sulung aku naik pentas menerima ijazahnya dulu, tapi dek dah Otai, cover line beb.....

Cabarannya lak, aku berhadapan dengan segerombolan peljar yang agak pendiam. Aku rasa mereka ini tersalah pilih bidang. Dah masuk Mass Comm, kena ler banyak bercakap, kehadapan dan sebagainya, ialah bakal komunikator. Namun ada sesetengahnya, nak dengar suara sepanjang semester ni dalam kelas pun sekser... Aurat kut.... Apalagi kat luar, hanya tesengeh paksa jer....

Bulan Disember ni kelak, akan bermula semula putaran pembelajaran dikanpus ini. Dah menjadi ada dunia, yang dan senior akan meninggalkan kampus, dengan segulung diploma dan yang baru masuk menggantikan mereka dengan segunung harapan.

Alu lak.... masih macam tu gak. Ada le peningkatan sikit kut... (naik gaji... kut dn betambah uban, sesuai dengan umur aku.) Tahun depan genap separuh abad Allah izinkan aku berkelana didunia fana ini, cuba menaur budi dan jasa, disamping beramal dan bersedekah. Mudah-mudahan apa yang aku lakukan ini mendapat rahmat dai Nya. Kalau tak didunia (tapi aku dah nampak ada berkahnyer...) disana nanti.

Sesama le kiter pikiorkan...............

No comments: