Tuesday, February 15, 2011

Tauh Oh Tuah

Awal semester ni, secara rasminyer aku dilantik RS kolej kat tempat aku keje. Yang malangnyer, masuk bulan Ogos, tapi potongan gaji sebab 'telebih' bayor gaji mula bulan Julai, ikut surat lantikan yang di 'backdate'kan. Haru... Tak per le... dah 'tuah aku gamaknyer.

Jadi RS ni, ada seronok ada pahitnyer. Yang aku dapat tu pulak kolej lelaki. Ingatkan senang le, sebab ramai ynag udah senior. Yang masuk lak kebanyakkannye, budak Pra Diploma dan budak semester satu ada le 20 kerat. Dalam ramai-ramai tu, teselit gak satu kumpulan 'donut'. Aduh...... ada gak yang telepeh.

Macam biasa le, bila semester baru mula, sesi berkenalan macam biasa. Aku ingatkan deper pasai peraturan yang perlu dipatuhi dan juga peraturan aku sendiri. yang aku punyer, tak susah, jangan langgor peraturan kolej udah dan jangan bagi angin giler aku naik. Lepeh tu aku ingatkan juga pasal pilihanraya kolej, nak pilih MT kolej le. Yang berminat kena isi borang dan bertanding le nanti. Aku serahkan borang pada ketuanyer untuk edaran. Eh... ada gak kutu grahak yang tak puas hati pasal tak dapat borang. Ada lak yang antor surat layang kat aku, kata aku tak adil dalam pengedaran borang. Jawap aku.... ada aku kisah...? Macam pilihamraya umum lak rasanye. Ada pihak datang jumpa aku, komen calun ni tak sesuai, calun ni tak boleh buat keje. Kecik-kecik udah pandai buat komplot. Macam ni ke yang nak memimpin negara masa depan? Lingkup dibuatnyer. Tiba masa mengundi, aku lak yang kena perambat bebudak ni turun ngundi. Liat, malas, tak ambik kisah, paduli apa aku...... Itu le sikap kebanyakan pelajar dan itu yang dapat aku simpulkan. Malam tu, calun-calun kumpul kat rumah aku untuk keputusan. Biasa ler, adat tanding, ada menang, ada yang lingkup. Jadi deper buat le lantikan jawatan yang ada sesama sendiri, ikut undian tertinggi hingga paling rendah. Aku ni kira jadi pemerhati ajer le. Nak aku gelakkan, kesian lak tengok deper tu betekak siapa patut pegang jawatan aper. Ada yang macam merajuk, ada yang macam dia ajer le yang boleh buat keje........

Bila MT baru dah ada, masing-masing pun beriya-iya le buat keje, terutama S/U yang sanggup buat perancangan dan kertas keje untuk dimajukan kepihak yang berkaitan sebelum mula semester baru nanti. Aku pun senyum lebor le, sebab tak payah pening kepala mikiorkan apa yang nak dibuat.

Masuk semester baru, MT baru sibuk le dengan pelbagai aktiviti kolej. Yang S/Unya lak, turut sama sibuk, lepeh satu, satu cadangan yang dubagikan kat aku. Tengah-tengah kerancakkan, tetiba suasana jadi suram, S/Unya hilang tah kemana. Puas aku telepon, MT talipon, haram bejawab. Tanya kekawan sebilik, katanya udah lama tak ke bilik, almarinya pun udah bersih. Tepikior gak, dibawak dek orang bunian ke lak S/U ni? Nak buat laporan polis ke tak?

Aleh-aleh aku dapat tau dia udah pindah kolej. Tak le aku tau sebabnyer.... Tak per le. Tapi yang sedihnya, udah le idak ngabor nak keluar, sengap jer. Mintak antorkan kertaskerja yang udah dibuatnya, sampai sudah tak nampak. Aku tengok kolej lain sibuk dengan akitiviti masing-masing. Kolej aku..... riuh bila aku naik angin dengan bebudak praktis Hakka dan Cheer......

Bab aku naik angin ni, takat ni, udah tak tekira. Udah aku cakapkan, jangan cari pasal. Macam sengaja nak cari pasal ngan aku. Buang sampah ikut suka hati mak bapak dia ajer. Bila aku suruh kutip, masing-masing tak ngaku, buat bodoh jer. Jadi aku buat stail aksar, sorang buat salah, satu wing tu aku perambat. Sesekali, satu blok tu aku panggil turun, sebab, tak ada yang nak ngaku salah. Yang buat angin aku naik lagi, bila dipanggil, masing-masing buat bodah, buat pekak. Kena aku jerit, macam menghalau lembu masuk kandang. Ada gak yang kunci pintu, nyorok balik pintu, buat-buat lena, ada assignment la.... nak ngelak turun. Aku paduli aper. Kalau boleh nyalak sampai pagi, ngaper masa kena halau macam lembu tu, masa tu la nak buat assignment? Yang jadi mangsa aku, Ketua kolej, Keselamatan dan Kebersihan. Deper ni le aku perambat suruh jerit bebudak ni turun. Ada le muka-muka tak pueh hati, merungut macam siamang. Udah nampak le hasil kena perambant maccam lembu ni, kurang le sampah yang makcik pembersih kena kutip. Silap aribulan, tong sampah yang ada kat setiapp 'level' tu, turut sama kosong... Agak aku, makcik tu sama senyum seronok. Kalau idak. samaph tiap 'level' macam lepeh perayaan taipusam kat Batu Caves.

Kekadang aku pikior balik, apa yang berlaku ni, adalah ujian Allah S.W.T. SABOR ajer le. Tapi seronok gak. Udah lama aku tak menjerit tengah padang, jadi sesekali, rasa 'nikmat' jugak menjerit. Bila aku buat rondaan, macam buat eksersais lak, apa taknyer.... enam tingkat turun naik.... bejalan..... Tapi yang seronoknyer, bila ada budak nak yang nak menjual roti john sama kena sergah. Apa tak nyer, bebudak tengah 'sibuk' turun, dia sibuk lah..... "roti john..... air....!" Silap haribulan ler.... Monyok jer mukanyer... Nasib ko ler.....

Tinggal lagi dua bulan sebelum hujung semester. Aku kena ucapkan 'terima kasih' pada S/U yang udah ghaib tu kerana satu kertaskerja yang dimintak haram satu sampai ketangan aku. Rasanya kolej aku, sem ni, jadi juara... juara menghantor cadangan aktiviti, tapi satu pun tak dilaksanakan. Terima kasih S/U!!!!!!!

Menang 'betuah' betul. Mungkin ni fasa malang bagi kolej aku. Mana idaknyer, cadangannya gah belaka.... perlaksanaan, hampeh........ Mungkin semester depan, tuah malang betukar TUAH pulak. harapan aku, dengan S/U baru nanti, semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna...., bebudak yang lebih mendengor 'jeritan' bila kena panggil turun dan senyum makcik pembersih berterusan kerana kekurangan sampah yang harus dikutip dan dipikul ke tong sampah.......

Amin.............

No comments: